BAB 8

Crime Completed 5278

Wahai Diary,

Aku semakin hilang kata-kata untuk berbicara tapi aku ada berita gempar untuk dikongsi. Sewaktu kedua ibu bapaku pergi ke kedai membeli makanan, Mel naik hantu pada aku kerana membiarkan biliknya kotor dan dia menolakku sehingga jatuh dari tangga hingga menyebabkan ku dikejarkan ke hospital.

Aku seakan lupa tentang apa yang terjadi kerana semuanya bagai berlaku terlalu pantas dan apa yang aku tahu mereka gagal selamatkan anak perempuanku.

Sebaik terjaga, aku bagai merasakan kesunyian dan tekanan. Tergamak Mel melakukan ini terhadapku? Dia kata dia cinta dan sayang padakuu tapi kenapa dia membunuh anak benih dari cinta kami?

Aku rasa dia benar-benar tak sayang pada kami sama seperti dia tidak pernah berhenti memukul aku pada kesalahan kecil bahkan adakalanya pada kesalahan yang aku sendiri tidak tahu apa puncanya.

Tetapi aku sangat menyingainya, terlalu cinta kerana aku tidak boleh hidup tanpanya.

Dia adalah segala-galanya bagiku dan untuk itu aku membenci diriku. Aku tidak dapat lari dari cengkamannya dan kini memandangkan bayi kami sudah tiada, aku ada pelung untuk meninggalkannya.

Ya! Aku boleh pindah dari rumah ini! Aku bole tinggal dengan salah seorang kawanku buat sementara waktu sehinggalah aku tamat graduasi tahun ini. Akhirnya aku dapat meninggalkan Mel dan memulakan kehidupan baru. Barangkali ada hikmahnya aku kehilangan anak yang ku kandungkan.

Mungkin au boleh kembali berlakon dan bertemu dengan orang baru. Muktamad! Aku nekad! AKu akan cuba menghapuskan Mel dari hidupku dan memulakan kehidupan baru.

Aku kena pergi dulu, aku letih dan perlu berehat.

**
Pada minggu itu, Jade ada bertanya padakau kalau-kalau dia boleh tinggal buat sementara waktu denganku dan aku kata Ya padanya. Tapi ada satu perkara yang menghalanganya dari berpindah, siapa laggi kalau bukan Mel. Mel akan mengurungnya dan tidak mengizinkan sesiapapun bertemu dengan Jade. Aku tahu dia selalu memukulnya dan aku perlu membangtunya. Namun aku tak berdaya. Sudah terlalu lambat untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience