BAB 7

Crime Completed 5278

Wahai Diary,

Aku tahu sukar bagi aku untuk ceritakan masalah aku pada orang lain.

Mel pukul aku lagi hari ni. Aku beritahu kat dia yang dia boleh membunuh bayi ini tetapi dia seakan tak peduli. Dia tak mahu anak syaitan yang ku kandung ini dan mahu membunuh bayi ini.

Dia terus-terusan menumbuk dan menendang aku lebih-lebih lagi ketika ketiadaan ibu bapaku.

Dia akan menarik rambutku dan mengheret aku ke bilik mandi. Dia kemudiannya akan memasukkan mukaku ke lubang tandas dan melemaskan aku dalam air mangkuk tandas itu.

Dia terus melakukan perkara kejam itu sehinggalah mukaku berdarah dan dia menolak aku ke pintu. Ketika aku cuba berdiri, dia menghempas pintu itu sehingga membuat aku mengerang kesakitan. Aku melindungi perutku demi menyelamatkan bayi dalam kandunganku sedangkan dia tidak berhenti menyeksa aku.

Aku tahu dia tidak berniat untuk melakukannya, tetapi kenapa dia lakukan ini?

Di kata yang dia sayang anak ini dan mahu menjaganya.

Aku tak dapat mengawalnya lagi. Aku sayangkan dia, terlalu sayang hingga sukar untuk meninggalkannya. Dan aku tahu jauh di sudut hatinya, dia juga masih mencintaiku.

Aku perlu mendapatkan Mel yang dulu agar kami dapat hidup bahagia semula.

Namun, tiada seorang pun temanku yang merasakan Mel layak menjagaku. Dia banyak menyakiti dan membelasahku dan nampak gayanya dia juga tak mahu ada kaitan dengan bayi ini lagi. Namun masih juga aku merasakan yang masih ada sekelumt rasa sayang di hatinya untuk kami. Aku cuma [erlu berdoa dan berharap kan?

AKu berhenti setakat ini ya, Mel akan datang bila-bila masa saja dan jika dia tahu aku belum tidur pasti aku akan mendapat habuannya.

**
Kandungan Jade baru memasuki usia empat bulan sewaktu Mel menolaknya jatub dari tangga hingga mengakibatkan dia masuk ke hospital. Sudah terlambat untuk bayi tersebut diselamatkan namun mereka berjaya menyelamatkan nyawa Jade. Jade mengalami kemurungan dan tekanan jiwa selama setahun, hingga menyebabkan Mel mengamuk dan memukulnya lagi. Kedua orang tua Jade menganggap yang tekanan menyebabkan Jade menyakiti diri sendiri tapi aku tahu kebenarannya. Aku banyak kali menawarkan bantuan kepada Jade tetapi setiap kali itu jugalah dia menolak dan menafikannya. Hatiku sakit kerana setiap kali dia menolak bantuan ku itu juga bermakna dia makin menyakiti dan merosakkan diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience