BAB 4

Crime Completed 5278

Wahai Diariku,
Dalam masa sejam Mel akan sampai. Aku sangat teruja dalam masa yang sama nervous. Aku perlu luahkan perkara ini pada seseorang namun aku rasa tiada seorang pun kawan aku ingin bercerita tentang Mel, jadi diari ini adalah satu-satunya tempat aku meluahkan segala perkara tentang Mel.

Ibu bapaku pergi bertugas luar kawasan hari ini dan aku gigih membersihkan rumah semata-mata mahu menyambut kedatangan Mel.

Mel kata dia ada kejutan untuk aku dan aku tak sabar nak tahu apa agaknya kejutan tersebut. Dan walaupun kami baru berpacaran selama dua bulan, aku yakin yang aku dah jatuh cinta padanya. Dia tak pernah lupa untuk memberitahu yang aku cantik setiap harii, bahkan memanggi aku dengan panggilan 'baby' setiap kali dia terjjumpa aku di sekolah. Betapa aku merasa sangat istimewa dilayan sebegitu.

Sekarang ni kawan-kawan aku bersikap biadap dengan aku. Mereka dah mula cakap benda mengarut dan mengutuk Mel, kata yang Mel membawa pengaruh negatif pada aku dan aku tak sepatutnya keluar dengan Mel lagi. Seriuslah aku rasa dorang ni kejam dan rugi kerana mereka tidak melihat kebaikan dalam diri Mel. Mel adalah teman lelaki terbaik yang peernah aku miliki dan aku ingin habiskan segala sisa hidupku bersama Mel.

Okay kita tukar topik lain pula ya. Aku dapat panggilan untuk berlakon hari ini. Aku selalu memasang impian untuk menjadi pelakon ejak aku tinggal di Kuala Lumpur ni dan boleh jadi ini adalah peluang aku untuk merealisasikannya. Aku cuma dapat memegang peranan kecil dalam filem terbaru yang tak boleh aku nyatakan. Meskipun aku sorang je tahu, aku tetap tak boleh nyatakan filem apa tapi aku sungguh gembira dan nampak gayanya aku semakin hampir menggapai karier impianku dan aku sudah tak sabar lagi.

Okay loceng pintu berbunyi. Mel dah sampai. Baik aku pergi segera . Jumpa lagi Diary.

**

Apabila Jade datang ke sekolah pada hari Isnin, kami mendapati ada kesan lebam pada muka dan kakinya. Kami ingin membawanya berjumpa nurse tetapi Jade menolak. Jade menyakinkan kami yang dia jatuh dari tangga semasa membersihkan rumah tetapi kami tahu ianya mustahil kerana kami melihat ada kesan lebam pada penumbuk kanan Mel juga pada bahagian dadanya yang dapat membuktikan dia yang memcederakan Jade. Aku benar-benar ingin membantu Jade tetapi dia sendiri yang kata dia tak perlukan bantuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience