Wahai Diary,
Setiap kali aku ingin menulis, aku merasa tanganku sakit jadi aku akan catat seringkas yang mungkin ya.
Ingat tak semalam aku kata yang Mel datang ke rumah aku minggu lepas dan dia kata ada nak buat kejutan untuk aku?
Nak tahu, sebaik sahaja dia sampai, dia terus mencengkam pergelangan tanganku dan menarik aku dekat padanya. Dia juga memberitahu yang dia ada membawa kondom. Aku menberitahunya yang aku belum bersedia untuk melakukan seks dan aku tak sangka ia membuatnya marah.
Menurut Mel dia tekah menantikan saat ini dan dia takkan biarkan momen yang tepat ini berlalu begitu sahaja. Aku cuba menolaknya namun dia terlebih dahulu menumbuk mukaku.
Aku cuba melindunguu kepalaku daripada dia namun dia berkali-kali memukul mukaku. Menendang kakiku dan dia juga menarik rambutku.
Maaf, terlalu banyak memori yang terlalu sakit untuk aku ingat.
Dia menarik rambutku dan menolak ku masuk ke bilik tidur. Dia melemparkan tubuhku ke atas katil dan menanggalkan bajuku. Dia mencengkam tubuhku dan menarik kedua tanganku lalu diletakkan ke atas kepalaku. Aku menangis dan berkali-kali merayu memintanya berhenti, tapi itu hanya membuatnya semakin marah. Dia menanggalkan seluar dalam ku dan DIA MEROGOL AKU. Ya, MEL MEROGOL AKU.
Dia meninggalkan banyak kesan lebam pada wajahku bermula dari wajah hinggalah ke kaki dan semasa aku ke sekolah pada hari Isnin, aku cuba menyembunyikan ia dari dilihat kawan-kawanku tetapi mereka terlebih dahulu perasan akan kesan pergelutan itu. Mereka tidak tahu yang Mel merogolku tapi aku rasa mereka dah dapat agak bahawa Mel yan memukulku.
Aku tahu yang Mel tidak bermaksud untuk melakukan keganasan seperti itu. Namun sebahagaian dari diriku menyuruh untuk aku tinggalkan dia. Aku amat mencintainya, terlalu cinta hingga sukar untuk aku tinggalkannya. Mel memang telah merogol aku tetapi itu lebih baik daripada orang lain yang melakukannya kan?
Okaylah, cukup untuk hari ini. AKu perlu berehat dan aku harap akan tiada lagi mimpi buruk yang memasuki ruang mimpiku malam ini. Cukup dunia realiti yang ku jalani. Aku tahu Mel tiada niat menyakitiku, kalau bukan niatnya tapi kenapa dia melakukannya?
**
Jade tidak pernah memberitahu kami tentang apa yang berlaku di antara mereka pad amalam itu sehinggalah sebulan kemudia. Ketika dia mengalami eksakitan pada bahagian perutnya. Kami ingatkan ia sakit biasa, barangkali juga cirit-birit maklumlah musim buah kan sehinggalah Jade mulai mengalami mabuk hamil dan selera makannya semakin menaga. Semuanya disebabkan dia hamil dan ia benar-benar membuat kami marah. Jade memberitahu semua yang berlaku adalah kerana mereka saling mencintai antara ssatu sama lain tetapi kami tahu yang Jade sedang cuba melindungi Mel. Aku tahu Mel memperkosanya tetapi Jade tidak berani memberitahu kami.
Share this novel