BAB 2

Crime Completed 5278

Wahai Diari

Aku tiba-tiba terasa rajin untuk menulis hari ni jadi aku mulakan dulu okay?

Sudah genap seminggu Mel berpindah ke sini dan setakat ini kami okay. Namun begitu yang berlaku tak seperti yang aku harapkan. Ya dia memang ada bercakap dengan aku di sekolah tetapi kami belum keluar bertemujanji sejak minggi lepas. Pelikkan?

Tetapi tidak semua perhubungan akan jadi begini kan? Aku cuma berharap dia akan bawa aku ke tayangan perdana filem Coco, dengar katanya filem itu sedih dan berdasarkan kisah benar jadi aku rasa sedikit teruja untuk menontonnya. Tapi sebenarnya aku cuma berharap dapat luangkan masa walau seketika dengannya.

Dia adalah lelaki sempurna seperti yang aku katakan sebelum ini dan tiada apa yang dapat membuatkan aku membenci dirinya.

Teman-temanku telah bertemu dengannya semalam dan seperti yang aku katakan, dia terlalu sempurna sebab itu mereka juga senang dan suka berkawan dengannya. Mel memenangi hati mereka dengan ketampanan dan kebijaksanaannya. Aku sangat gembira kerana mereka sukakanya Mel kecuali Aina. Aina tak suka Mel, tapi aku tak hairan sangat sebab dia memang jarang bergaull dengan lelaki pun.

Selain tu juga, semua kelas aku bertukar kerana ada perubahan jadual disebabkan salah seorang cikgu ada hal kecemasan. Sudahnya aku kena tukar kelas pertama. Memang sedikit huru hara tapi hakikatnya ia juga membawa berita sedih.

Cikgu Zainab, meninggal disebabkan kemalanga kereta tiga hari yang lalu dan semua pelajar berkabung dan ada juga yang mengadakan kutipan derma untuk membantu keluarga Cikgu Zainab yang merupakan ibu tunggal. Kasihan Cikgu anak-anak cikgu Zainab yang masih kecil. Sejujurnya aku tidak mengenalinya sangat kerana dia mengajar kelas lain namun ia cukup membuat aku menangis. Aku memang begitu, mudah menangis meskipun aku tak kenal mereka.

Majlis pengebumian bagi aku sangat menyedihkan, menyeddari hakikat kau suda tak mungkin bertemu dengan si mati begitu juga si mati yang meninggalkan keluarga dan teman-teman dalam kesedihan. Hurmm.

Okaylah aku kena gerak dulu, Mel sedang tunggu aku di luar. Tak boleh tulis panjang-panjang lagi. Selamat tinggal. Eh kenapa aku kena ucap sselamat tinggal kat kau? Pelik kan? Aku rasa macam dah built special connection dengan kau. Patut tak aku bagi nama kat kau?

***

Dan pada malam itu, untuk pertama kali Jade dibelasah pada bahagian mata sebelah kanan kerana lambat sampai di luar. Mel merasakan Jade tergamak membiarkannya menunggu di luar sedangkan Jade cuma terlabah 5 minit sahaja. Meskipun terkejut, Jade tetap memaafkan Mel.
Keesokan harinya, aku ternampak keadaan mata Jade dan tahu ianya pasti angkara Mel. Tetapi Jade menyakinkan aku yang Jade tidak sengaja dan menyuruh aku untuk memaafkan Mel. Katanya ia berlaku kerana salah dirinya yang terlambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience