Sahabat baikku telah terbunuh dek berpunca daripada keganasan dan penderaan zalim yang dilakukan oleh teman lelakinya yang kini meringkuk dalam penjara atas dua kesalahan, membunuh Jade dan bayi yang dikandungnya. Aku mungkin gagal menyelamatkan Jade namun aku berharap masih belum terlambat untuk aku menyelamatkan orang lain dari menjadi mangsa penderaan pasangan mereka.
Aku berharap kisah ini mampu menghantar mesej yang kuat dan jelas kepada sesiapa sahaja agar dapat menghentikan penderaan domestik sekaligus menyelamatkan nyawa insan lain.
Buat Jade, tidurlah, damailah kau di sana. Cintamu yang tulus tidak layak diberi pada manusia biasa apalagi untuk lelaki durjana seperti Mel. Menarilah kau di sana dengan si kecil Jade Junior. Di mana pun kau berada aku berharap kau berada di tempat terindah sekarang ini.
Sejujurnya ia terlalu sukar untukku, namun ini adalah sebagai salah satu cara untuk aku mengenang sahabatku dan memberi penghormatan padanya. Hidup di dunia ini jangan terlalu menyerah pada cinta, cintai dirimu terlebih dahulu. Pandang kiri dan kanan, jika ada kawan atau insan lain yang berdepan dengan penderaan domestik, seksual atau ada sesuatu yang tak kena, segera bertindak. mereka mungkin gagal mengawal emosi dan buta membezakan kasih sayang dan keganasan, cinta mahupun sikap predator dalam diri pasangan mereka, tetapi anda mampu mengubahnya.
Jangan bagi ruang kepada hubungan yang dicemari dengan keganasan fizikal. Jangan mengatakan ia okay dan menghalalkan alasan ‘’Bukan niat dia nak pukul’’ dan sebagainya kerana cinta adalah tentang kasih sayang, jika kasih sayang kuat mustahil keganasan dan penderaan punya ruang untuk cinta kan?
Share this novel