BAB 8

Romance Completed 1785

“take care, kalau boleh minta driver papa or mama hantar awak atau awak boleh call teksi. Ingat, jangan naik bas dan motorsikal lagi”

“tapi…”

“nope! Dengar cakap saya ok. Kita jumpa tengahari nanti” Arja tersenyum senang bila Aryana dengan terpaksa mengalah.

“hati-hati” pesan Aryana bila melihat Arja bersedia di keretanya.

Arja dan Aryana hanya duduk di bangku sambil melihat Awwal dan Muharram seronok bermain dengan permainan yang disediakan. Arja memandang Aryana lama dan dia bahagia dapat lihat senyuman selebar dan seikhlas itu terbit dari wajah Aryana .

“terima kasih, dah bahagiakan anak-anak” ucap Aryana tanpa memandang Arja.

“mereka dah macam anak-anak saya dah.”

“terima kasih jugak dah buat keluarga awak terima saya” sambung Aryana lagi dan Arja gelengkan kepalanya.

“bukan saya, awak sendiri. Mereka semua tak sedar betapa untungnya mereka ada awak selama ni”

“hmm…saya yang beruntung ada awak…”

“apa?” soal Arja seakan teruja dan terkejut pada masa yang sama. Aryana menutup mulutnya dan menggelengkan kepala.

“along, angah. Jom kita balik” ajak Aryana dan meninggalkan Arja yang tersengih sendiri.

Arja tak dapat lelapkan matanya menanti hari esok dan dia berada di tikar sejadah sejak isyak lagi. Hatinya resah dan gelisah, dia keliru dengan perkahwinan yang dia tidak inginkan ini tapi dia berjanji. Janji dengan kedua ibu bapanya untuk berkahwin dengan gadis pilihan mereka. Dulu dia boleh abaikan sebab lain kerana hatinya belum di milliki tapi kini hatinya telah dimiliki. Dia terlalu berharap yang jodohnya adalah Aryana .

“bro, dah solat subuh ke?” soal Zahiril dan masuk ke dalam bilik Arja.

“dah.” Jawab Arja lemah dan suaranya serak.

“bro kau biar betul sejuk macam ni kau boleh tahan” Zahiril memeluk tubuhnya kerana suhu bilik Arja sangat rendah.

“ada apa Riz?” soal Arja endahkan apa yang dikatakan Zahiril tadi.

“jom breakfast.” Ajak Zahiril pula tapi mendapat gelengan daripada Arja.

“tahu nervous tapi kena makan kut, nanti perut kosong”

“kau turun dulu, nanti aku turun” balas Arja.

“ok” Zahiril hanya mampu mengalah dan keluar dari bilik itu.
Arja melipat sejadah dan meletakkan songkoknya di meja sebelum melabuhkan punggung di katilnya, matanya memandang gambar keluarganya da nada Khairul di situ. Dia berharap aka nada gambar Aryana dan anak-anaknya di dalam gambar keluarga mereka nanti.

Aryana ingin tersenyum melihat betapa tampannya Arja di hari perkahwinnya tetapi hatinya tak mampu untuk hasilkan senyuman yang ikhlas. Arja senyum sedikit kepada tetamu yang ada di masjid di mana dia akan menikah beberapa minit sahaja lagi. Setelah semua orang bersedia dan seperti yang Arja minta, pengantin perempuan diminta berada di sebalik tabir masjid.
Kadi datang kepada Arja yang sudah siap bersila di depannya setelah mendapatkan pengesahan daripada pihak perempuan. Senyuman yang Arja hulurkan tidak kelihatan gembira tapi dia tetap mencuba.

“ Arja Fattah Bin Kamal ”

“saya”

“aku nikahkan akan dikau dengan Anis Aryana Binti Harun dengan mas kahwinnya 200 ringgit
tunai”

“aku terima nikahnya Anis…Anis Aryana ?” soal Arja bingung dan dia menatap kadi dihadapannya dengan raut wajah aneh.

“ya, Anis Aryana bt Harun, borang ni tulis macam tu” Kadi itu menjawab tulus. Arja memandang kadi itu kemudian membaca semua borang nikah itu beberapa kali, jelas memang nama Aryana tertera di situ.

“tapi…”

“ Arja nak kahwin ke tak nak?” soal papanya bila Arja masih lagi bingung.

“nak! Tapi…”

“nanti lepas akad Aryana akan terangkan” potong papanya lagi dan Arja mengeluh perlahan.

“kalau Arja tak nak papa boleh batalkan”

“mestilah nak! Cepat kadi!” gesa Arja penuh harapan menggesa menyebabkan beberapa orang ketawa. Arja dah tak pedulikan orang lain, walaupun otaknya masih keliru dan penuh tanda tanya dia tetap nak teruskan perkahwinan itu kalau pengantin perempuannya adalah Aryana sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience