BAB 13

Romance Completed 1785

Aryana sudah sediakan air panas untuk Arja mandi. Arja mengucapkan terima kasih kepada Aryana dan menangglkan jaketnya dan dihulurkan kepada Aryana . Arja masuk ke bilik air dan setelah 15 minit bersihkan diri dia keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Untung Aryana sudah hidupkan pemanas pada suhu yang sesuai supaya Arja tidak kesejukan.

“I love you too” bisik Aryana dan mencium pipi Arja sebelum berlari keluar dari bilik tidur mereka dan ke dapur untuk membantu sediakan makan malam.

Arja menyentuh pipinya dan tersenyum seperti anak kecil yang mendapat gula-gula bila mendapat ciuman daripada Aryana . Aryana sangat membuatkan Arja tertanya-tanya akan personality sebenar Aryana . Aryana yang sama dia jatuh cinta tetapi perwatakan yang berbeza.

“apa pun, kau tetap duk meroyan dekat bini kau tu” Arja berkata pada dirinya sendiri dan segera memakai baju yang telah Aryana sediakan.

Seminggu berlalu, Arja dan Aryana sudah sampai di Malaysia. Aryana sedih tinggalkan keluarga di sana tetapi dia bahagia kembali kepada keluarganya di sini. Dia sudah berjanji akan kembali ke sana bersama-sama anak-anaknya nanti dan Arja sudah merancang untuk menunaikan janji isterinya itu.

“umi, mana adik comel banyak-banyak?” itulah soalan Awwal sejak Arja dan Aryana tiba di Malaysia. Muharram juga mengekor Arja dan Aryana untuk mendapat jawapan yang sama. Arja ketawa kelucuan dengan jawapan yang Aryana berikan kepada dua anak kecil itu.

“ Arja Fattah, baik awak terangkan pada teruna awak ni. Saya dah penat cari jawapan” Aryana berputus asa dan serahkan hal itu kepada Arja.

“meh sini papa cerita” ajak Arja dan Aryana memandang Arja penuh tanda Tanya, Arja ni memang penuh muslihat.

“untuk dapat adik-adik comel, ambil masa tau, umi kena ada baby dalam perut dulu, lepas tu baru la ada adik comel”

“oh, macam dalam perut mama Aiman?” soal Awwal seakan mengerti dan Arja anggukkan kepala.

“macam mana nak bagi ada baby dalam perut umi?” soal Awwal lagi dan Arja ketawa lepas, Aryana sudah bersedia dengan sengatan ketamnya jika Arja memberi jawapan selamba.

“along dan angah kena la doa, minta dengan Allah bagi adik comel cepat-cepat” ujar Arja dan mengusap kepala dua anaknya yang seakan memahami.

“lagi?” soal Awwal lagi.

“yang lain tu, papa dan umi la yang kena ikhtiar” jawab Arja dan ketawa senang bila wajah Aryana
bertukar merah, sama ada marah atau malu.

“jom tidur! Esok papa kerja, along dan angah sekolah” Aryana segera menutup lampu bilik mereka dan menarik selimut rapat ke badan anak-anaknya.

“papa sayang along dan angah” ucap Arja dan mencium dahi anak-anaknya.

“I love you sayang” ucap Arja kepada Aryana dan mencium dahi Aryana lama.

“me too” balas Aryana dan mencium pipi Arja sebelum tangannya dan Arja bertaut di tengah-tengah badan kedua kembarnya.

Sesungguhnya kesilapan itu tidak hadir sia-sia kerana tiada ciptaan Allah yang sia-sia, semua sudah mengikut sukatan dan ketetapan sesuai dengan kemampuan hambanya, begitu juga dengan ujian dan kesilapan. Adakalanya kesilapan membuka kepada laluan baru yang membawa kepada pintu bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience