BAB 4

Romance Completed 1787

Arja membawa dua anaknya ke KFC dan dia tahu Aryana tak berkenan sangat anak-anak makan fast food tapi, itu semua permintaan anak-anaknya. Arja seronok melayan anak-anaknya dan dia tak pernah berkira jika duitnya dihabiskan untuk Awwal dan Muharram .

“Arja” senyuman Arja hilang sebaik mendengar suara yang sangat tidak disangkanya di situ.

“kak Tasha” balas Arja dengan wajah tegang.

“siapa ni?” soal Natasha lagi.

“none of your business” balas Arja kasar dan segera bangun dari kerusi.

“along, angah jom kita balik” ajak Arja tegas.

“papa, along tak makan lagi” rungut Awwal dan mulutnya memuncung sedih.

“kita bungkus ok, kita makan kat rumah” pujuk Arja dan Awwal kembali tersenyum riang.

“wait, papa?”

“kak…”

“ok, ni anak-anak Khairul kan?” soal Natasha setelah memerhati wajah anak kecil itu dan dia yakin
mereka berdua iras dengan Khairul dan Arja.

“so what?” soal Arja bengang.

“mama and papa should know about this”

“stay away from them!” Arja menarik tangan kedua anaknya dan beredar dari situ dengan kadar segera.

Setelah mandikan kedua kembar itu, mereka bertiga berada di ruang tamu untuk menonton tv. Arja tak mampu bertenang kerana dia pasti akan ada perkara buruk yang akan terjadi. Seperti sangkaannya, loceng rumahnya berbunyi dan Arja sudah dapat mengagak siapa yang datang.

“papa dan mama nak apa?” soal Arja dengan wajah bosan.

“cucu-cucu kami ada dalam rumah ni” balas Datin Hanim tegas. Belum sempat Arja memberi alasan, dua nak kecil berlari ke depan pintu dan tersengih menampakkan barisan gigi kecil mereka berdua.

“papa,papa” panggil Muharram dan menarik baju tidur Arja supaya kembali ke ruang tamu.

“ada apa angah?” soal Arja dan berlutut di depan Muharram .

“upin ipin dah habis” jawab Awwal sambil tersenyum.

“ok, sekarang masuk bilik, tidur ok. Papa nak cakap sikit. Nanti papa naik bacakan buku cerita” Arja tersenyum pada anak-anaknya. Awwal dan Muharram anggukkan kepala dan sebelum mereka berlari ke bilik mereka hulurkan tangan untuk bersalam dengan orang tua Arja.

“masuk, masuk…papa tak baik tak ajak atuk dan nenek masuk. Letih kaki nenek, kesian nenek” Awwal bersuara lagi menyebabkan Arja tersenyum dan anggukkan kepala.

“pergi tidur sekarang” arah Arja perlahan dan dua anak kecil itu sambung berlari ke bilik tidur mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience