BAB 9

Romance Completed 1785

Selesai akad Arja yang awalnya kelam sekelam gerhana kini terang seterang purnama, senyuman Arja paling tak kalah hari ini dan dia memang tak sabar nak bersua muka dengan Aryana . Walaupun baru sahaja beberapa minit lepas mereka berjumpa saat pembatalan air sembahyang. Arja masih lagi tersenyum walaupun dah ditegur oleh beberapa kawannya.

“dah la senyum macam kambing bro, risau” kali ke berapa Arja sendiri tak pasti dah berapa orang
menyuruhnya berhenti tersenyum.

“diamlah kau!” marah Arja bergurau dan menepuk bahu adik lelakinya itu agak kuat.

“menakutkan tahu tak” tambah Zahiril dan menjauhkan diri dari Arja menyebabkan Arja ketawa perlahan dan menarik nafas dalam-dalam.

“aku tak pernah rasa bahagia macam ni” lafaz Arja dan kali ini senyuman sedikit menyenangkan, senyuman kesyukuran. Zahiril ikut sama tersenyum dan menepuk bahu abangnya perlahan sebelum beredar.

Malamnya, Arja berjaya melarikan diri daripada tetamu dan ke bilik tidurnya, bukan bilik tidur mereka. Arja tak mampu berhenti tersenyum dan berhenti betul-betul di depan pintu. Arja berkira untuk mengetuk pintu atau terus masuk seperti biasa. Dia tahu Aryana ada di dalam bilik itu kerana Natasha sudah memberitahunya sekejap tadi.

Pintu terbuka dan wajah terkejut Aryana menjadi sapaan Arja menyebabkan Arja kelu dan kaku. Aryana juga sama dan dia melarikan matanya daripada bertentangan dengan mata Arja. Aryana tundukkan kepalanya dan cuba untuk beredar dari situ dengan perasaan malu. Tangan Arja memegang tangan Aryana dan menghalang Aryana daripada pergi.

“awak hutang sesuatu dengan saya” bisik Arja di telinga Aryana menyebabkan Aryana kejung. Arja tersenyum sennag bila dia Berjaya mengusik isterinya itu.

“hu…hutang?” soal Aryana gugup, walaupun dia gugup dan segan tetapi dia tidak pernah mencuba untuk melepaskan genggaman Arja, kenapa? Kerena dia selesa berada dalam genggaman Arja.

“yup, jom bincang soal hutang tu” Arja menarik Aryana masuk ke dalam bilik dan menutup pintu bilik itu rapat. Aryana ditarik perlahan ke katil dan Arja duduk di birai katil, tangannya masih lagi menggenggam jemari isterinya.

“papa cakap, awak akan terangkan semuanya pada saya” Arja dengan ceria bersuara dan Aryana tertunduk malu.

“duduk” pelawa Arja apabila Aryana masih lagi berdiri di hadapannya dengan mata memandang tepat pada lantai. Dia nak sepasang mata itu memandangnya.

“papa dan mama jumpa saya beberapa jam sebelum majlis, mereka cakap doctor…doctor sukakan saya. Papa dan mama cakap mereka dah bincang dengan keluarga Shiha dan mereka terima. Mama dan papa dah jumpa keluarga Shiha dua minggu lepas lagi untuk bincang semua ni, dan mereka setuju macam tu je. Mama nak saya jadi menantu dia lagi, jadi…saya kahwin dengan doctor” terang Aryana agak laju, Arja sepertinya mendengar semua yang Aryana terangkan tetapi dia tak peduli lagi dah, yang penting Anis Aryana yang ada depan dia sekarang ni adalah isterinya.

“awak kahwin dengan saya sebab mama je ke?” soal Arja perlahan. Aryana memandang Arja dengan mata besarnya dan menggelengkan kepala dengan laju.

“bukan sebab mama, sebab anak-anak dan sebab saya nak sangat peluang kedua dalam hidup saya.”

“peluang kedua?”

“ya, peluang kedua untuk bahagia. Saya sayangkan arwah Khairul dan saya rasa saya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience