BAB 12

Romance Completed 1785

Aryana membuka matanya perlahan-lahan dan dia sangat selesa. Dia menggerakkan badannya beberapa kali sebelum matanya terbuka luas. Dia pelik, dia tak mengenali tempat itu dan bilik itu sangat janggal baginya, dia mencari tudungnya dan segera memakainya sebelum berjalan sekeliling bilik luas itu. dia ke tingkap dan melihat salji sedang turun dengan lebatnya, dia taksub dan terpesona dengan keadaan itu.

“sayang” satu suara menegurnya menyebabkan dia berpaling laju. Dia berlari dan segera memeluk Arja erat.

“kenapa ni?” soal Arja risau bila Aryana memeluknya begitu erat.

“saya risau tadi, bila buka mata je awak tak ada” Aryana masih lagi tak melepaskan pelukan
kemasnya dan Arja mengusap belakang Aryana beberapa kali.

“sorry sayang, tadi saya borak dengan dad dan mom. Jom, saya nak kenalkan awak” Arja melepaskan pelukan mereka dan memegang jemari isterinya.

“tapi, saya tak pandai sangat bahasa inggeris”

“tak apa, kebanyakan orang dalam rumah ni pandai cakap melayu walaupun lain sikit. Yang kecil-kecil tu je tak pandai sangat” terang Arja untuk senangkan hati Aryana . Aryana tersenyum dan memeluk lengan Arja dengan ceria.

Mereka berjalan ke ruang tamu dan Aryana dengan ramah melambai, membalas lambaian dan tersenyum kepada semua mata yang melihatnya, Arja sudah tidak asing di situ tetapi Aryana memang menarik perhatian semua orang.

“wah, comelnya budak-budak tu semua, macam Barbie doll” ujar Aryana teruja dan Arja tergelak kecil.

“semua ahli keluarga ni islam tau, jadi awak jangan risau” cerita Arja lagi dan Aryana anggukkan kepalanya. Matanya masih lagi melihat anak-anak kecil yang seronok bermain.

Aryana berjumpa dengan ibubapa angkat Arja dan Aryana rasa tenang dan senang. Dia dapat rasakan bulan madu mereka akan bahagia. Arja dan Aryana makan malam bersama keluarga itu dan banyak yang Aryana belajar di sana.

Selesai solat berjemaah bersama-sama, Arja membawa Aryana untuk melihat suasana malam di Australia. Walaupun cuaca sangat sejuk, Aryana sangat teruja dan bersemangat. Dia sangat gembira Arja bawanya ke Australia. Mereka hanya berjalan, berpelukan dan bersama dengan bahagia.
Aryana sempat bermain dengan salji dan membina snow man bersama ahli keluarga yang lain.

Masalah komunikasi jarang berlaku kerana Arja ada sentiasa di sisi Aryana untuk menterjemah dan menerangkan semuanya kepada Aryana . Suasana tenang bertukar girang bila ada yang mula membaling salji. Mereka mula menyerang antara satu sama lain.

Arja membuat gumpalan salji dan membalingnya tepat kepada kaki Aryana menyebabkan Aryana rebah. Kanak-kanak dan ahli keluarga Arja ketawa bila Aryana tersungkur di permukaan salji yang tebal. Aryana segera bangkit dan mengejar Arja yang sudah mula melarikan dirinya sambil ketawa senang. Aryana menangkap Arja dan mereka berdua jatuh di permukaan salji.

“jahat” bentak Aryana dan memukul dada Arja perlahan. Arja ketawa dan membawa Aryana kepelukannya.

“I love you so much” ucap Arja dan Aryana kelu seketika. Kemudian satu biji salji jatuh di hujung hidung Arja.

“sejuk” gumam Arja. Aryana membuang salji itu dan mencium hujung hisung Arja sekilas sebelum bangun dan melarikan diri untuk masuk ke dalam rumah.
Arja biarkan beberapa biji salji lagi jatuh di atasnya dan dia tersenyum sambil menyentuh hujung hidungnya.

“I really really love you” gumam Arja dan berjalan masuk ke dalam rumah bila salji turun dengan semakin lebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience