BAB 3

Romance Completed 1785

Arja membawa Seha dan kembar itu untuk berjumpa dengan Aryana yang baru sahaja sedarkan diri. Aryana mampu tersenyum bila melihat dua anaknya yang masih lagi dengan sisa tangisan. Arja berdiri agak jauh dari keluarga itu dan focus kepada telefonnya.

“saya minta diri dulu, saya ada pesakit sekarang ni. Seha, kalau ada apa-apa hal call saya ok” pinta Arja dan setelah mendapat anggukan daripada Seha Arja beredar.

Arja focus kepada kerjanya dan berjumpa dengan pesakit yang telah bersedia menunggunya di ruang rawatan. Setelah memberikan rawatan dia berehat di biliknya. Fikirannya melayar kepada Aryana dan ingin tahu apa reaksi Aryana setelah membaca jurnal milik Khairul .

Aryana masih lagi terbayang setiap baris dan ayat daripada surat serta jurnal milik Khairul dan dia tak mampu berhenti menangis. Perkataan peluang kedua bermain dalam kepalanya dan dia ingin berikan peluang kedua itu kepada Khairul tetapi semuanya sudah terlambat. Tiada lagi peluang kedua untuk dihulurkan kepada Khairul kerana Khairul tiada lagi di dunia ini.

“Ary, peluang kedua tak semestinya untuk Khairul , mungkin untuk kau, untuk anak-anak kau. Well, semua orang berhak dapat peluang kedua untuk bahagia” Seha bersuara setelah mendengar cerita Aryana dan apa yang dia dapat rumuskan, peluang bukanlah untuk perbetulkan satu kesalahan tapi peluang adalah untuk bermula dengan perkara yang baru.

“apa maksud kau?” soal Aryana musykil.

“peluang kedua untuk kau bahagia, macam kahwin lagi” jawab Seha dan angkat kedua bahunya. Aryana ketawa lemah dan menutup mulutnya bila tubuh anaknya yang tidur di ribaannya bergerak sedikit.

“kahwin lagi? Macam la ada orang nak kat aku ni?”

“ha! Jangan nak buat-buat buta pulak!”

“mana ada aku buat-buat buta”

“eleh, Dr. Arja tu dah macam Shihat muka dia bila tengok kau pengsan tau”

“dah kenapa?”

“dia risau la!” terang Seha geram dengan respon negative Aryana .

“kau ni, kalau kau tak nak dia bagi kat aku je la!” sambung Seha lagi, bengang bila Aryana ketawakan dia. Tapi kali ini tawa Aryana terhenti dan dia pandang Seha semacam.

“kau…kau…suka dia ke?” soal Aryana perlahan, kali ini giliran Seha untuk tergelak kecil.

“aha! Dah agak dah ada orang makan jelly” usik Seha sakan.

“mana ada! Aku tak jealous la!” bangkang Aryana tegas.

“aku nak balik dah ni, ada kerja sikit. Doctor kesayangan cakap nanti dia ambil anak-anak. Dia akan stay dengan anak-anak malam ni” maklum Seha sambil tersengih, belum sempat Aryana membalas Seha dah keluar dari bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience