BAB 2

Romance Completed 1785

Aryana mengesat air matanya dan bersandar pada dinding sambil memeluk surat itu rapat ke dadanya. Surat yang tersimpan selama bertahun tahun itu meleraikan semua tanda tanya dalam benak Aryana .

“maafkan saya abang, saya dah membenci abang selama ini. untuk abang, peluang kedua, ketiga, keempat dan keseratus sekalipun saya sanggup berikan. Saya sayangkan abang” Aryana mengesat air matanya dan dia mula rasa hatinya lapang dan matanya memberat. Sebelum semuanya gelap sekali lagi dia ucapkan kata sayang kepada Khairul .

“papa, umi panas!”

“umi tak bangun pun!”

“umi tidur atas lantai!”

“umi…”

Suara tangisan kecil menyebabkan Arja segera bangun dari kerusi keerjanya. Dia mendapat panggilan daripada Aryana dan terkejut bila bunyi esakan dari dua anaknya. Arja mendail nombor Seha dan meminta Seha menjenguk Aryana di rumahnya. Dia risau, kerana jarak hospital dan rumah Aryana jauh.

Arja cuba untuk pergi dengan secepat mungkin dan dia tak pedulikan saman yang dia bakal dapat nanti. Apa yang dia tahu, dia perlu segera sampai di rumah Aryana dan tahu apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Aryana .

“doc, Ary pengsan” Arja segera keluar dari keretanya sebaik sampa di rumah Aryana dan mendapati Seha sudah berada di sana dengan wajah resah.

Arja segera berlari masuk ke dalam rumah Aryana mengangkat Aryana masuk ke dalam keretanya.

“cepat! Kita kena ke hospital” Awwal dan Muharram masih lagi menangis dan memanggil umi mereka. Seha cuba untuk memujuk dua beradik itu dan Arja focus kepada pemanduannya.

Sebaik tiba di hospital Aryana segera diberi rawatan. Arja menunggu di ruangan yang disediakan dan tak mampu untuk duduk dengan tenang. Seha masih lagi beradar di luar kawasan rawatan kerana tidak ingin mengganggu pesakit lain dengan tangisan kembar itu.

Setelah lima belas minit seorang doctor perempuan keluar membawa keputusan keadaan Aryana . Doctor perempuan yang bernama Dr. Rossa itu terkejut dengan keberadaan Arja.

“Arja, awak kenal pesakit?” soal Dr. Rossa.

“ya, macam mana keadaan dia?”

“dia ok, demam biasa je dan dia nampak macam penat dan stress. Dia…”

“Alhamdulillah, O, dia ibu pada anak angkat saya” Arja segera menerangkan keadaan sebenar dan Dr. Rossa anggukkan kepala sambil tersenyum. Memang ada sesuatu yang Dr. Rossa maksudkan dari persoalannya.

“well, she is beautiful.” Dr. Rossa tersenyum senget dan berlalu dari situ setelah mendapat jelingan yang tak berapa bagus daripada Arja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience