BAB 7

Romance Completed 1785

“atuk, papa kahwin dengan umi kan?” soal Awwal berharap dan Dato Kamal berhenti daripada membaca surat khabar dan memandang anak kecil itu. sebelum menjawab soalan itu dia memandang isterinya yang turut terkejut dengan soalan yang tidak dijangka itu.

“papa…papa…umi…umi…” Muharram bersuara dengan senyuman melebar, seakan bersetuju dengan apa yang Awwal maksudkan.

“papa suka umi, papa sayang umi. Papa selalu cakap macam tu. Papa sayang umi sama macam papa sayang along dan angah” sambung Awwal lagi dan mata pasangan tua itu melebar. Datin Hanim secara tidak sedar memegang tangan suaminya dan memandang tepat ke dalam anak mata suaminya.

“along, angah. Dah kacau atuk dan nenek, jom masuk tidur. Esok sekolah” Aryana muncul sambil tersenyum senang.

“cepat salam dengan atuk dan nenek” ujar Aryana lagi dan dua beradik itu tidak membantah dan hanya menurut. Mereka bertiga berjalan pergi setelah mengucapkan selamat malam.

“umi, papa boleh tidur dengan kita kan malam ni?” soal Awwal berharap dan Aryana kelu.

“mana boleh, papa kan ada bilik dia sendiri” jawab Aryana tidak yakin dengan jawapannya sendiri.

“tapi, kawan along cakap dia tidur dengan papa dan mama dia” tambah Awwal lagi dan Aryana garu kepalanya yang masih lagi bertudung.

“umi…papa…” pujuk Muharram pula dan Aryana mengeluh berat, susah nak terangkan hal sebenar kepada budak-budak.

Aryana berusaha mencari alasan untuk diberikan kepada kembarnya itu dan dia terus berusaha walaupun dia sudah hampir kalah. Aryana rasakan perbualan itu hanya antara mereka bertiga tetapi dia saah kerana perbualan itu didengari oleh mertanya dengan jelas.

Aryana dan Arja semakin erat tanpa sebab yang tertentu, apa yang pasti Aryana selalu sahaja sediakan makan tengahari dan bekal sarapan pagi kepada Arja. Sejak Aryana berhenti kerja sepenuhnya dia banyak masa diluangkan di banglo mertuanya dan dia rasakan lebih bahagia begitu. Kehidupan dia lebih baik dan sempurna sekarang. Dia lebih bahagia.

“Doc, ni bekal hari ni dan tengahari nanti saya akan ambil anak-anak dekat tadika” maklum Aryana ceria dan Arja angkat keningnya sedikit.

“kenapa? Selalunya saya yang ambil anak-anak, awak dah tak percayakan saya ke?” soal Arja dengan wajah dikeruhkan.

“mana ada! Saya nak bawa anak-anak beli baju sikit. Along dan angah dah naik berat badan sejak tinggal kat sini. Banyak baju mereka dah tak muat” Aryana dengan tenang bercakap tentang masalahnya dan Arja tergelak kecil.

“kebetulan! Saya kerja separuh hari je hari ni, jadi, saya akan teman awak beli pakaian untuk anak-anak” bersungguh dan ceria Arja berkata.

“betul ni?” soal Aryana meminta kepastian.

“yup! Saya jumpa awak di tadika ok.”

“ok!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience