BAB 10

Romance Completed 1785

“saya?”

“suka…awak. Saya cemburu bila awak dengan Shiha, saya sedih bila awak akan kahwin dengan Shiha, saya kecewa bila tahu awak dah bertunang…”

“awak pasti awak sukakan saya je?” soal Arja dengan nada mengusik dan Aryana berkerut sedikit.

“kenapa?” soal Aryana keliru.

“sebab, cemburu tandanya sayang” pipi Aryana dicium sekilas dan Aryana bertambah malu.

“saya akan buat awak jatuh cinta pada saya” tekad Arja membuatkan Aryana tersenyum dan
anggukkan kepalanya.

“saya teringin nak rasa semua tu, saya nak anak-anak…kita ada keluarga yang lengkap”

“ya, kita akan bina satu keluarga yang lengkap dan bahagia.” Arja mengucapkannya dengan doa yang diselitkan di dalam hatinya. Arja merapatkan dirinya pada Aryana dan memeluk tubuh itu erat.

“saya cintakan awak” bisik Arja menyebabkan Aryana tersenyum bahagia.

Arja dan Aryana bersedia untuk pergi berbulan madu di Australia. Arja sudah berjanji untuk bawa Aryana ke sana berjumpa dengan keluarga angkatnya di sana dan membawa Aryana ke semua tempat yang Arja pernah kunjungi.

“papa, umi…nak ikut” Awwal dah menangis untuk mengikut Arja dan Aryana ke Australia. Berat hati dua insan itu mendengar pujuk rayu anaknya. Muharram juga menangis dan tak nak turun dari dukungan Arja.

“ Arja dah cakap pa, mana boleh tinggalkan kembar ni, tengok” Arja memujuk Muharram dan mendukung Awwal yang masih lagi menangis di dalam dukungan Aryana .

“along, angah nak papa bagi sesuatu tak?” soal Arja memujuk dan dua anak it uterus berhenti menangis. Arja memang pandai dalam memujuk.

Arja membisikkan sesuatu kepada kembar itu dan setelah memberi penerangan panjang lebar dua budak kecil itu tersenyum dan ketawa riang. Mereka menganggukkan kepala dan mencium pipi Arja dan Arja membalas dengan mencium dahi kedua anaknya.

“apa yang awak cakap kat mereka?” soal Aryana dengan wajah penuh tanda Tanya kepada Arja.

“sayang, kurangkan kedut tu” Arja mengusap lembut dahi Aryana sebelum menciumnya sekilas.

“dah sampai masa tu, hati-hati kat sana” pesan Datin Hanim.
Selesai bersalaman dan peluk cium selamat tinggal Arja dan Aryana berjalan kea rah balai berlepas. Aryana rasa sedih untuk tinggalkan anak-anak mereka tetapi apakan daya, itu semua kehendak orang tua Arja sendiri.

“umi, janji tau bawa balik adik comel!” jerit Awwal kuat menyebabkan ramai yang berpaling ke arah Arja dan Aryana yang sedang berjalan. Arja terbatuk bila rahsianya dengan anak-anaknya terbongkar dan Aryana memandang anak-anaknya yang tersenyum kepadanya tidak berdosa.

“adik! Adik!” jerit Muharram pula dan itu adalah perkataan ketiga yang keluar daripada mulut Muharram . Jeritan dua anak kecil itu memang menarik minat ramai orang. Aryana memandang Arja yang menuju kepada Muharram sebelum mendukung Muharram dan mencium pipi gebu itu beberapa kali. Aryana masih lagi kaku di tempat sama dia berdiri.

Aryana bergerak ke arah Muharram dan memeluk anaknya yang berada dalam dukungan Arja, secara tak langsung memeluk Arja. Awwal yang berada di bawah diangkatnya dan mereka berempat berpeluk gembira.

“Adik! Adik!” jerit Muharram lagi dan hulurkan jari kelingkingnya kepada Aryana , minta Aryana berjanji memberikannya adik. Aryana ketawa perlahan dan memandang Arja geram.

“umi, along dan angah nak adik comel banyak-banyak tau. Papa dah janji, umi pun kena janji” pinta Awwal pula dan turut sama keluarkan jarinya. Aryana pandang Arja tajam dan pautkan jarinya dengan kedua anaknya sambil tersenyum.

“in sha Allah sayang” jawab Aryana kepada dua anaknya.

“yes!” suara Arja kedengaran agak perlahan tetapi Aryana Berjaya menangkapnya menyebabkan pinggang Arja dicubit geram.

“sakit sayang” adu Arja manja.

“kenapa papa?” soal Awwal prihatin.

“umi cubit papa, kesian papa sakit” adu Arja manja.

“umi, kesian papa, papa dah janji nak bagi adik comel banyak-banyak” Awwal memuncungkan mulutnya kerana Aryana mencubit Arja. Arja tersenyum kemenangan dan mengangkat keningnya kepada Aryana .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience