BAB 4

Family Completed 458

“Usu... ja..hat, Aii..long....ka...ta...”

Aku benar-benar terasa hati. Sedih.

Luka di lututku hampir kering. Aku membasuh saputangan milik Onoi dan
kulipat serapi kerana niat dihati kecilku untuk memulangnya kembali
apabila lututku benar-benar pulih.

Sudah tiga hari aku terkurung di rumah dan sudah tiga hari jugalah
anak-anak buahku tidak menegurku. Kakiku sudah pulih dan mampu untuk
mengaturkan langkah seperti biasa. Cuma sesekali terasa lenguh dan kebas.

Petang itu aku bernekad untuk keluar ke bandar dan mengeluarkan duitku
di BSN bagi membeli gantian skateboard Sheqal yang kononnya dibeli di
Korea itu, walaupun hatiku tertanya-tanya seolah-olah masih sukar untuk
mempercayai bahawa skateboard seburuk itu dibeli di Korea.

‘Beli di Korea....ganjil! Buruk aje rupa skateboard tu...Abang Long
kursus di Korea tahun lepas, tapi skateboard tu nampak macam dah daif
sangat macam sudah dua tiga tahun usianya,’ hatiku berbicara sendiri.

Puas aku mencari skatebaord yang serupa bentuk dan sama buatannya dengan
kepunyaan Sheqal , malangnya tidak bersua. Yang hampir-hampir menyamai
pun.. ..fullamak! Sebulan belanja aku di Kolej. Bapa hanya meninggalkan
RM1000.00 sahaja untuk aku belanja sepanjang pemergiannya ke Mekah.
Jikalau aku membelinya juga, alamatnya duit sakunya hanya mampu menyara
aku sebulan sahajalah.

Aku mencongak duit yang bakal kugunakan sepanjang 2 bulan di desa yang
menyeksakan ini. Jika kubeli juga, nampaknya aku terpaksa berpuasa di
minggu terakhirlah jawapnya. Tidak mengapalah... ‘prince’ akupun sering
mengusikku dengan gelaran ‘montel’ dan menyuruhku diet sedikit. Jika aku
berpuasa Isnin dan Khamis...jika tidak menjadi kurus yang pasti montelku
akan berkurangan sedikit dan ‘prince’ tidak akan menggelar aku dengan
apa-apa gelaran lagi.

Bas yang masuk ke kawasan taman perumahan Abang Long hanyalah setakat
pukul 7.00 malam sahaja sedangkan aku sudah begitu lewat untuk pergi ke
stesen bas dengan segera dan jam di tangan sudah pun menunjukkan pukul
6.55 petang. Aku berjalan perlahan-lahan tambahan lututku mula terasa
sengal. Skateboard yang baru kubeli kepegang seerat-eratnya. Akhirnya
aku menaiki bas yang hanya melintasi di hadapan jalan besar yang menuju
ke kawasan taman perumahan Abang Long. Aku terpaksa berjalan kaki untuk
masuk ke dalam dan untuk masuk ke dalam memanglah terlalu jauh tetapi
jika aku melintasi kawasan perumahan yang sedang dibina itu, cepatlah
sikit aku tiba ke rumah.

Berjalan melintasi tapak pembinaan ini mengimbaskan kembali aku kepada
kenangan 4 hari yang lalu. Aku tersenyum sendirian.

‘Onoi ....’ bisik hatiku perlahan

Sekitar kawasan ini sunyi sepi kerana buruh-buruh binaan sudah pun
pulang ke rumah kongsi masing-masing di hujung tapak pembinaan ini. Aku
berjalan dengan pantas walaupun kesakitan yang sungguh ketara kerana
masih belum yakin dengan keselamatan diriku kini. Biarpun cahaya bulan
menerangi sepanjang perjalananku namun aku berdoa agar aku segera sampai
rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience