BAB 10

Family Completed 458

“Tak boleh!” sponton sahaja aku melarangnya dengan nada yang terketar-ketar.

“Hai!! Dengan ‘prince’ sekarang ini pun dah nak merahsiakannya...kalau
macam itu ‘prince’ minta diri dululah. Orang dah tak nak layan kita!”
‘Prince’ seolah-olah merajuk dengan sikapku. Alamak! Kalau orang tua ni
merajuk...payah aku nak pujuk! Hah! Nasib badanlah.

“Hah! Nahlah..tengok,” unjukku seolah-olah dengan cara yang tidak
ikhlas. Mampus aku kali ini kerana bait-bait puisi yang Onoi berikan
itu berbahasa cinta tambahan pula Onoi menulis namanya di akhir prosa
puisinya itu.

‘Prince’ membacanya. Wajahnya yang pada mulanya tersenyum melihatkan
sikap yang yang beralah dengan situasi berkenaan mula berubah menjadi
masam mencuka. Dia merenung tajam ke arahku.

“‘Prince’ jangan salah anggap, ini kawan Zai yang bagi...”

“Siapa? Zai dah pandai jiwang dengan orang lain ye!,” Bentaknya dengan
penuh kemarahan.

“Kawan yang tolong Zai sewaktu Zai terjatuh dulu,” dalam keadaan yang
tertekan dan kekalutan itu aku masih ingin membela diriku sebaik mungkin.

“Intim sekali hubungan kalian...sampai beri puisi-puisi sebegini rupa!”

“‘Prince’! Zai anggap dia sebagai seorang kawan sahaja..”

“‘Prince’ kesal dengan sikap Zai. ‘Prince’ nak balik!!!” Meluru sahaja
‘prince’ meninggalkanku yang terpaku mendengar akan segala tuduhannya
itu. Hatiku luruh berderai bersama gugurnya deraian manik-manik air mata
ini. Mereka masih tidak mahu memahamiku. Kelibat Onoi yang hadir ke
dalam ingatanku.

“Hanya Onoi yang sanggup memahamiku...”

Pemergian ‘prince’ diiringi dengan airmataku yang turun semakin lebat.
Abang Long terpinga-pinga melihat telatah kami. Sayu melihat keadaan
ini. Aku melangkah longlai meninggalkan ruangan masa itu dengan harapan
bahawa masih ada lagi insan yang boleh mendengar keluhanku. Onoi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience