BAB 3

Family Completed 458

Aku dihantar oleh pemuda tersebut sehinggalah ke depan pintu rumah. Dia
tidak henti-henti berbual denganku sedangkan aku bukannya faham apa yang
dibualkannya.

“Sebelum gue lupa, nama gue Onoi ...”

“Onoi ?” hampir sahaya aku tergelak mendengarkan namanya.

“Nama panggilannya saja Non, nama benarnya Judoiono. Kamu pula Non, siapa
namanya,”

“Saya Bainon . Panggil Non,”

“Lho!! Non rupanya...manisnya nama...gue amat mengemarinya,”

Dia segera beredar selepas melihat Sheqal menghampiriku.

“Siapa tu Usu?”

“Kawan!”

“Rupa penyangak saja..jangan-jangan buruh binaan tu tak?”

“Sheqal !!! Tak baik kata macam tu...”

Luka dilututku membuatkan aku sukar bergerak dengan pantas. Aku lebih
kerap duduk memerhatikan Amran dan Amira bermain.

“Usu nak main?” tanya Amran

‘Cis! Sudah gaharu cendana pula!’ getus hati kecilku. Marah. Kepalaku
kuangguk-anggukkan sambil tersenyum dengan penuh makna.

Amira menghulurkan ‘joy-stick’ Nintendonya kepadaku. Aku malu-malu
mencapainya dan bermain bersama Amran.

Asyik sungguh aku bermain tanpa kusedari Sheqal sedang berdiri
merenungku, tajam.

“ Usu...sapa buat skateboard Ami rosak?”

“Skateboard?? Ooo...semalam Usu pinjam...” belum sempatku menghabiskan
ayatku, Sheqal telah memintas kata-kataku.

“Jadi Usu yang buat ye!”

Sheqal segera menuju ke biliknya sambil menghempas daun pintunya
sekuat-kuatnya. Aku pasti Sheqal akan merajuk sehingga keesokkan
harinya. Jadi biarlah dia berkurung di biliknya sahaja. Tingkah hatiku
senang. Amira dan Amran memerhatikanku yang tersenyum sendirian.

“Usu...skateboard tu abah beli sewaktu abah ke Korea,” ujur Amran
seolah-olah kedal dengan sikapku terhadap abangnya, Sheqal .

“Apa??? Di Korea???....” aku mula mengelabah...matilah aku kali
ini...dimana hendak aku cari ganti...? Otakku ligat berpusing.

Sheqal masih memasamkan mukanya apabila bertembung denganku. Aku tidak
boleh menyalahkan dirinya kerana jika aku berada di tempatnya, sudah
pasti aku akan mengamuk dengan lebih hebat sekali maklumlah anak bongsu.
Dan jika angin gilaku menyerang sudah pastilah aku nak bunuh siapa
sahaja yang merosakkan barang milikku.

Amira dan Amran pula seolah-olah menyebelahi Sheqal . Mereka langsung
tidak mahu menegurku seperti selalu bahkan langsung tidak mempedulikan
langsung teguran dan sapaanku. Kini, Amilia yang sekenit itu pun sudah
pandai mengatakan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience