BAB 6

Family Completed 458

Petang itu aku pergi bersiar-siar dengan basikal Mountain-bike Sheqal .
Itupun setelah Sheqal menyuruhku bersumpah bahawa tidak akan merosakkan
basikalnya pula. Dalam hati kecilku mengerutu, ‘Macamlah aku ini muka
perosak harta benda orang!’

Aku membawa bersama denganku saputangan milik Onoi kerana aku ingin
memulangkan kembali miliknya itu. Sewaktu aku menghampiri tapak
pembinaan tersebut, semua mata tertumpu ke arahku.

“Boleh saya jumpa dengan Onoi ..tanyaku takut-takut kepada salah seorang
buruh di situ.

“Non...Non enggak bisa masuk ini kawasan. Merbahaya! Nanti Non sendiri
yang dapat kecelakaannya. Baik Non berambus!!” tegah seorang buruh yang
ada di situ.

‘Kasarnya!’ gerutu hati kecilku. “Tapi saya nak beri dia benda ini!”
pujukku.

“Mari ke mari!” dengan sepantas kilat dia merampas saputangan Onoi yang
berada ditanganku.

“Berambus cepat!” tengkingnya semakin kuat.

Terasa air mataku ingin mengalir deras apabila ditengking sedemikian
rupa. Aku segera terus mencapai Mountain-Bike Sheqal dan mengayuh
sesedih hatiku. Hati kecilku memakin hamun buruh yang bengis itu. Di
pertengahan jalan keluar dari tapak pembinaan itu aku terdengar
seseorang memanggil namaku.

“Non...tunggu sebentar!”

Aku menoleh ke belakang dan kulihat seseorang sedang berlari menuju ke
arahku.

‘Onoi !’ seru hati kecilku seolah-olah mengukir kegembiraan yang teramat
sangat. Dia yang dalam keadaan tercunggap-cunggap memandang memohon
simpati daripadaku.

“Maafkan gue...kasihan non kena marah! Lain kali jangan ke mari waktu
kerja. Pak Kosmo tu sememangnya sangat bengis...jangan curi hati ye...”

“Saya sudah hilang sabar bila dihalau sebegitu,”ujarku

“Maafkan gue!” Onoi merenungku meminta simpati

“Bagaimana dengan luka Non tempohari?”

“Udah baik,”

“Syukur kepada Tuhan, Non,”

Kali ini aku dapat memerhatikan wajahnya dengan jelas...mukanya seiras
dengan pelakon Indonesia yang paling aku minati, Ray Sahetaphy.

“Onoi ....kamu handsome juga ye..”pujiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience