BAB 9

Family Completed 458

“Oo...Abang Long...,” ternyata sangkaanku meleset. Malam itu aku tidur
bertemankan air mata. Nampaknya buku hadiah Onoi akan menjadi saksi
kesedihanku.

Tepat pukull 11.30 malam, telefon berdering, aku yang masih tersedu-sedu
terpaksa mengangkatnya kerana yang lainnya semua sudah lena diulit mimpi.

“Assalamualaikum...,” salam kuberi dalam keadaan yang tersedu-sedu.

“Hah!...ingatkan dah mati!” Ujarku dengan penuh kemarahan bercampur
sebak di dada.

“Lepas menangis!!!! Ingatkan ‘prince’ tak ingat lagi...”

“Mengapa lambat sangat nak ucapkan ‘Birthday Wishes’, ...rugi aje Zai
nangis!”

“Apa!!! Sebab Zai lahir pukul 11.30 malam, andai kata Zai mati pukul
11.25 malam, ‘prince’ tak tahulah ye...mati kempunan nak dengar ‘wishes’
dari yang tersayang,”

“Maaf? Nanti Zai pertimbangkan...telefon esok! Zai nak tidur!” Bentakku
dengan penuh kemarahan sambil menghempaskan gagang telefon.

Pagi esoknya, sewaktu aku membuka pintu.....terlihat sebuah bungkusan
hadiah dan sejambak bunga. Aku membuka kad yang terdapat dalam jambangan
yang indah itu.

~Kaulah yang amat kusayangi....dari ‘Prince’ KF~

Aku tersenyum sambil membuka bungkusan. Sebuah peti muzikal yang
memutarkan lagu ‘You Light Up My Life’. Tiba-tiba sahaja telefon
berdering....

“Assalamualaikum...”

“‘Prince’....terima kasih berbanyak...”

“Dah maafkan? Belum lagi...masa nak makan nanti, baru gosok gigi,”

Kekadang aku menjadi benci dengan sikap ‘Prince’ yang keterlaluan namun
aku tetap sayang kepadanya. Mungkin kerana perbezaan umurku dengan
umurnya 4 tahun itulah yang menyebabkan dia memanjakan aku sehinggakan
terlampau mengambil berat mengenaiku yang ada kalanya merunsingkan
kepala otakku.

Seperti biasa setiap petang aku pergi ke tapak perumahan untuk
berbual-bual dengan Onoi . Kegiatanku ini tidak diketahui oleh ‘prince’
kerana aku beranggapan bahawa perhubungan persahabatan antara aku dengan
Onoi tidak perlulah aku hebahkan kepada ‘prince’ kerana aku telah masak
benar dengan sikap cemburunya yang keterlaluan itu tetapi sehinggalah
pada suatu petang, sekembalinya aku dari menemui Onoi , kulihat sebuah
kereta Proton Wira berwarna biru metalik berlabuh di halaman rumuh Abang
long. Mustahil Abang Long bertukar kereta sejak balik dari kerja
‘out-station’nya. Apabila aku mula melangkah masuk ke dalam rumah,
dadaku semakin berdebar-debar..

“Assalamualaikum...”aku memberi salam.

“Waalaikummussalam....hah! Zai dari mana ni, ‘prince’ dah lama tunggu,”
tegur Abang Longku dengan penuh sporting.

‘Alamak!!! ‘Prince’! Mampus!’

“Da...D..Da...Dari..ri..ri taman!”

“Apa yang Zai pegang tu?”

“Tak ada apa-apa,” aku cuba berdalih dan dadaku semakin gugup dengan
keadaan ini.

“Bagi ‘prince’ tengok!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience