BAB 5

Family Completed 458

Tiba sahaja di rumah, Amilia dan Amira segera meluru ke arahku lantas
memelukku.

“Usu...Usu jangan lari dari rumah lagi, tadi abah telefon...dia tanya
Usu pi mana...Mira bilang Usu merajuk sebab kami tak mahu kawan dengan
Usu...” Amira menjelaskan dengan panjang lebar kepadaku.

“Usu...Am minta maaf. Sebenarnya skateboard yang abah beli di Korea tu
abah simpan dalam biliknya, yang Usu buat rosak tu...skateboard hadiah
member abah dari Golok.

“Apa???” terkejut bukan kepalang aku dibuatnya...apa nak buat, duit dah
melayang. Aku peluk bungkusan skateboard tersebut seerat-eratnya.
Nampaknya nasibku seperti Lebai Malang sahaja.

“Usu beli apa tu?” tanya Amilia sambil memeluk kakiku.

“Tak ada apa-apa?...untuk ‘prince’ Usu...” ujarku pendek.

Aku naik ke bilikku dan kusimpan skateboard yang kubeli itu dibawah
katil. Nak bagi Sheqal ....tak payahlah ....takkan dia punya skateboard
yang buruk tu dan datang dari Golok aku kena ganti dengan yang baru,
lepas tu buatan Korea pula. Silap haribulanlah...bisikku seorang diri.
Hatiku agak terhibur kerana keadaan kembali pulih sekurang-kurangnya
kuranglah kekusutan aku di sini.

Sheqal datang menghampiriku sewaktu aku sedang mengelamun dalam diam.
Terkejut aku dibuatnya. Kata orang terkejut badak!.

“Usu..maafkan Ami ye...” ujarnya sambil menghulkurkan tangannya tanda
bermaafan denganku.

Aku menyambut tangannya sambil mengangguk-anggukkan kepalaku. Tidakku
sangka dia akan mencium tanganku. Aku tersenyum bangga...

“Usu kena ganti ke?” tiba-tiba sahaja soalan bodoh itu terpancul keluar
dari mulutku. Kalaulah dia nak ganti...mampus aku!

“Tak payahlah, abah janji nak beli yang baru dengan syarat...” Sheqal
memberi senyuman yang penuh makna kepadaku.

‘Ooo...patutlah baik sangat sampai nak cium tangan ye! Politik betul
budak seekor ini! Ada tokoh!’ gerutu hati kecilku sambil tersenyum yang
kubuat-buat untuk mengambil hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience