BAB 1

Family Completed 458

Cuti kali ini cukup membebankan aku. Ibu dan bapa pergi menunaikan fardu
haji ke Mekah dan aku dititipkan ke rumah Abang Long sepanjang cuti
semester kerana ibu tidak yakin akan keupayaanku di rumah sendirian.

Abang Long dan isteri pula terpaksa out-station selama sebulan dan aku
dipertanggungjawabkan menjaga anak-anak buahku yang seramai 4 orang itu.
Hah! Tak ada beban, batu pula digalas.... getus hatiku.

Rumah Abang long terletak di kawasan perumahan yang zahirnya kelihatan
mewah. Memang setaraf dengan pekerjaan Abang Long dan isteri sebagai
pegawai eksekutif di syarikat swasta. Anak-anak Abang Long yang tua,
Sheqal baru tingkatan 2 di Sekolah Sains di Perak. Cuti semesterku sama
dengan cuti sekolahnya maka Sheqal ada di rumah sepanjang peninggalan
Abang Long dan isteri. Yang kedua, Amran baru di tahun empat, yang
ketiga, Amira baru di tahun satu dan yang bongsu sekali Amilia baru
berusia 3 tahun. Kerenah mereka semuanya memeningkan kepalaku.

Setiap pagi selepas bersarapan, aku akan membawa Amilia berjalan-jalan
di sekeliling kawasan perumahan dengan basikal Mountain-Bike kepunyaan
Sheqal . Sheqal , meskipun membantah tindakanku menggunakan basikalnya
namun tidak pernah kuhiraukan larangnnya. Amran dan Amira asyik bermain
video games....‘Rosak!Rosak! Rosaklah generasi Wawasan 2020 sekiranya
asyik disogokkan dengan kecanggihan media elektronik,’bisik hati kecilku
kesal dan kekesalan ini kian bertambah apabila aku tidak dipelawa untuk
bermain sama.

Petang itu aku membawa Amilia berjalan-jalan menghirup udara segar. Di
seberang taman permainan kanak-kanak itu, kulihat kawasan perumahan yang
masih lagi di dalam pembinaan. Teringin juga hati kecilku untuk ke sana
tetapi pesanan Kak Long masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.

“Usu...usu boleh jalan di sekitar kawasan perumahan ini tetapi jangan
sesekali pergi ke kawasan tapak pembinaan itu,”

“Mengapa Kak Long?”

“Buruh-buruh Indonesia banyak di situ...bahaya!” tegas sekali bicara Kak
Long.

“Mereka jahat ke?”

“Kak Long kata bahaya...bahaya la!”

Aku terdiam bila Kak Long meninggikan suaranya. Hampir menitik air
mataku tetapi mujurlah Kak Long segera memujuk.

“Usu...maafkan Kak Long ya!” Usu janji jangan pergi ke
sana...bahaya...kita tidak boleh kata mereka jahat tetapi tidak pula
bermakna mereka itu baik!” Kak Long menepuk-nepuk bahuku. Aku
mengangguk-angguk lemah.

Sheqal benar-benar menyakitkan hatiku apabila dia mengunci
Mountain-Bikenya sedangkan sebelum dia keluar ke bandar. Amira dan Amran
masih alpa dengan tit-tot, tit-tot...sedangkan Amilia pula tidur. Aku
boring betul petang-petang lepak kat rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience