BAB 8

Family Completed 458

Sudah dua minggu ‘prince’ tidak menghubungiku. Panggilan terakhirnya
ialah semasa dia membuat panggilan dari ‘Butterworth’ kerana ada urusan
pejabat dan ‘out-station’ untuk beberapa hari.

Setiap petang aku akan menjadi penunggu setia telefon dan juga peneman
setia Onoi . Aku suka melihat Onoi berbual dan berbicara
denganku....disebalik kerja sebagai buruh kasar terselit kelembutannya.
Dia pandai mengambil hatiku dan sering memujukku apabila aku
menceritakan masalahku dengan ‘prince’.

Onoi seringkali menghadiahkan aku dengan bait-bait puisi yang sungguh
indah dan aku kekadang terlupa akan kewujudan ‘prince’ apabila berada di
samping Onoi . Onoi tidak seperti ‘prince’ yang terlalu formal
hidupnya. Segalanya berjadual dan mengutamakan imej serta penampilan
diri sedangkan Onoi segalanya serba sederhana.

Hari ini harijadiku yang ke 21. Onoi telah berjanji ingin menghadiahkan
aku sesuatu yang paling berharga dan istimewa. ‘Prince’...entahlah sama
ada dia masih lagi mengingatkan aku di sini. Menghubungi aku di sini pun
semakin payah. Sedih aku mengenangkannya.

Telefon berdering. Sheqal menyambutnya.

“Usu...ada panggilan,”

“Dari siapa?” Hatiku berdebar dan berdoa agar biarlah ‘prince’ yang
menghubungiku itu.

“Atuk dan Opah,” meluru aku segera ke telefon. Terukir kegembiraan
walaupun jangkaan aku meleset tetapi yang menghubungi aku kini lebih
bermakna daripada ‘prince’.

Hatiku mula menyumpah-yumpah bila mengenangkan nama ‘prince’ lagi.
Sedangkan emak dan bapa yang kini berada di Mekah masih mampu mengingati
akan hari jadiku, inikan orang yang amat kusayangi. Mustahil dia boleh
terlupa. Entah-entah dia berlaku curang terhadapku. Celupar sahaja
mulutku menyumpah ‘prince’. Senang-senang dapat dosa kering.

Petang itu aku pergi berjumpa Onoi .

“Terima kasih!” Ujarku gembira bila Onoi menghadiahkan aku sebuah buku
catatan yang bertulis dengan namaku dalam tulisan yang keemasan dan
kata-kata ‘Selamat Hari Ulang Tahun ke 21’.

Kami berbual-bual sehingga hari senja. Pedih hatiku terubat dengan gelak
tawa dan madah-madah nasihat Onoi . Bagiku hanya dialah sahabatku yang
memahami diri ini.

Telefon berdering sebaik sahaja aku menunaikan sembahyang Isyak. Jam
menunjukkan pukul 9.00 malam. Pasti ‘prince’ yang menelefon aku kali
ini., getus hati kecilku.

“Assalamualaikum...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience