BAB 7

Family Completed 458

“Malulah, jangan dibilangi gue sebegitu...enggak bisa didengai, bikin
gue enggak bisa tidur nanti malam,”

Aku dan Onoi ketawa bersama-sama.

“Usu,...tadi ada orang telefon, dia...,” ujar Sheqal .

“Siapa?”

“Prince!”

“Dia pesan apa?”

“Pukul 9.00 malam nanti dia call balik,”

Aku menunggu panggilan dari ‘Prince’ dengan penuh sabar. Lambat betul
masa beredar. Nak sahaja aku mendail nombor telefon ‘Prince’ tapi sudah
tentu ‘Prince’ marah sebab dia selalu pesan biar dia yang menghubungi aku.

Deringan yang ditunggu akhirnya tiba juga.

“Assalammualaikum!”

“Baik, sihat sahaja...”

“Siapa bilang Zai jatuh? Sheqal ? Ha..ah, jatuh...sakit...,”

“Dah elok...”

“Luka cuma di lutut...”

“Apa? Diet? Hemmm..Prince pentingkan Zai kurus aje...tapi tak tau
sementara tunggu kurus, Zai boleh mampus!” bentakku kegeraman.

“Maaf? Takde maaf bagimu...”

“Apa? Esok masih ada? Boleh blah....”

“Nak blah? Janganlah...Zai tipu aje...”

Perbualan kami agak lama....hampir 2 jam. Seperti biasa ‘prince’ akan
bercerita akan aktivitinya seharian kepadaku. Jika tak didengarkan pasti
dia merajuk dan agak sukar untuk kupujuk. Dia menyuruhku jangan lupa
makan vitamin, gosok gigi sebelum tidur...remeh betul! Getus hati kecilku.

‘Prince’ atau nama sebenarnya Khairul Fadzli adalah member yang paling
istimewa bagiku. Pertemuan kami secara kebetulan menyebabkan aku
menyayanginya pada kali pertama pertemuan kami. Sikapnya yang mengambil
berat dan bertanggungjawab menyebabkan aku menghormatinya. Aku
menggelarkannya ‘prince’ kerana padaku dialah ‘prince charming’ku buat
selama-lamanya namun nampaknya segala-galanya akan berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience