BAB 8

Horror & Thriller Completed 10149

Cempaka masih tidak dapat melelapkan matanya, fikirannya berserabut memikirkan kata-kata orang kampung tentang arwah kakaknya. Pelbagai versi yang didengarinya tentang jelmaan arwah kakaknya. Jamal nampak macam tu, Wan Diah nampak macam ni dan semalam si Hajar anak makcik Zainab pula yang ternampak sewaktu pulang dari sekolah waktu senja.

Tiga hari berturut-turut penampakan jelmaan kakaknya berlaku dan ini adalah malam ketujuh ketiadaan kakaknya. Cempaka masih lagi tertanya-tanya, adakah ini dinamakan mati dalam kesesatan.

Langit dan bumi tidak menerima jasad, maka roh simati bergentayangan. 'Nauzubillah, minta dijauhkan', Cempaka mengurut-ngurut dadanya.

Cempaka melirik ke jam dinding, sudah hampir pukul 1 pagi. Esok dia perlu bangun pagi, solat subuh dan ke sekolah. Tetapi susah benar malam ini matanya untuk dilelapkan, sedangkan maghrib tadi berlaku sebaliknya.

Susah benar dia hendak membuka mata, mengantuk teramat sangat sewaktu dia sedang membaca surah Yasin selepas solat maghrib bersama ayah dan ibunya.

Dalam keadaan Cempaka mencari rentak matanya untuk tidur, tiba-tiba, dia terdengar bunyi suara seseorang menangis sayu didalam bilik kakaknya. Mendengar sahaja suara tangisan itu, serta merta bulu romanya mencanak naik. “Ya Allah, apa yang aku dengar ni?”.

Ketakutan sedang melandanya saat ini. Apa yang terdengar ditelinga kata-kata orang kampung tentang arwah kakaknya, sudah didengarinya kini.

Saat itu juga degupan jantungnya mengepam laju, peluh didahi sudah mula membasah, Cempaka benar-benar gelisah.

Hendak keluar bilik takut jelmaan kakaknya muncul didepan pintu. Mahu tidak mahu terpaksalah dia membatukan diri didalam bilik, mengharapkan “kakaknya” tidak muncul didepannya nanti.

Kemudian bunyi tangisan itu berhenti, tiba-tiba…satu bunyi kuat seakan dinding biliknya ditendang seseorang dari dalam bilik kakaknya, memandangkan bilik mereka bersebelahan.

Terkejut Cempaka sehingga meluru keluar biliknya sambil memanggil ayah dan ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience