BAB 6

Horror & Thriller Completed 10149

Menjerit Jamal kerana terperanjat melihat jelmaan Anggerik dihadapannya. Lemah longlai segala sendi dan lutut, hendak hidupkan enjin motosikal pun Jamal tidak mampu kerana ketakutan.

Lebih menakutkan apabila dia melihat wajah jelmaan Anggerik yang elok bertukar sedikit demi sedikit menjadi buruk. Kedua bebola matanya mulai terkeluar sedikit demi sedikit dan dimulutnya mengeluarkan darah dan nanah busuk yang banyak hingga memenuhi rongga hidung.

Kemudian semakin lama semakin rapat pula jelmaan Anggerik menghampirinya. Kesudahannya Jamal pengsan disitu juga. Dia ditemui orang kampung pada waktu subuh ketika hendak pergi ke masjid berhampiran.

********
Wan Diah terkejut dari lenanya, perut terasa memulas- mulas. Hendak bangun terasa malas kerana matanya yang mengantuk tidak mengizinkan untuk pergi membuang hajat.

Tetapi rontaan kesakitan di dalam perut meminta untuk dikeluarkan saki baki makanan yang tidak diperlukan mengatasi segalanya. Sempat dia melihat jam di dinding.

'Ah, sudah pukul 2 pagi', getus hatinya.

Suaminya disebelah sedang enak dibuai mimpi. Kerana tidak tahan hendak membuang hajat, dipaksakan juga untuk bangun.

Lalu Wan Diah melangkah lemah menuju ke tandas yang terletak dihujung dapur rumahnya. Sedang Wan Diah melepaskan hajat, dia terdengar rintihan dan tangisan dari belakang rumahnya.

Betul-betul di belakang tandas. Makin lama semakin kuat tangisan yang didengarinya. Mendayu-dayu tangisan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience