BAB 3

Horror & Thriller Completed 10149

Tetapi segera Anggerik mengelak untuk keluar berdua bersama Rashid.

“Abang keluarlah dulu, lagipun An nak ke rumah Jiha sekejap. Ada benda yang An nak cakap kat dia”, Anggerik memberi alasan.
“Sekejap je ya…” Sambil Rashid mencuit hidung Anggerik sambil berlalu keluar dari biliknya.

Lalu Anggerik pun keluar dari biliknya tanpa menukar pakaian nikahnya untuk menuju ke rumah jirannya yang berhadapan dengan rumahnya, juga merangkap sahabat baiknya, Jiha.

Ketika di rumah Jiha, Anggerik terus ke belakang rumah, sebolehnya Anggerik tidak mahu terus ke depan rumah Jiha memandangkan ramai tetamu yang masih datang bertandang ke rumahnya tambahan pula dia masih lagi memakai baju nikah.

“Assalamualaikum”, Anggerik memberi salam. Tidak lama kemudian muncul emak Jiha, Hajah Kamariah dimuka pintu dapur.

“Waalaikumsallam. An rupanya, makcik ingatkan siapalah tadi. Ada apa An? Jiha tak ade dia keluar kedai kejap”, Terang Hajah Kamariah.

“Takpelah, lagipun An bukan nak jumpa Jiha, ayah suruh An pinjamkan racun rumput”, Anggerik bersuara perlahan. Terbeliak mata Hajah Kamariah dengan permintaan Anggerik.

'Biar betul budak ni', Hajah Kamariah bermonolog dalam hati.

“Sekejap, makcik ambilkan”. Hajah Kamariah berlalu masuk ke dalam untuk mengambil botol cecair racun rumput yang dipinta Anggerik. Kemudian Hajah Kamariah pun keluar dengan sebotol racun rumput yang tidak sampai separuh isi dalamnya.

“Kenapa dengan ayah An tu, macam dah tak ade hari lain ke nak minta racun, bukan ke sekarang ni ramai orang kat rumah An. Kenduri kahwin pun tak habis lagi”, Hajah Kamariah membebel.

“Dah takde orang lain ke nak mintak pinjamkan racun? Kenapa disuruh pengantin. Sepatutnya pengantin duduk diam-diam kat rumah, tak payah buat kerja”.

Marah benar Hajah Kamariah kepada ayah Anggerik, yang tidak sepatutnya menyuruh Anggerik keluar dari rumah, malah masih berpakaian nikah pula. Tetapi Hajah Kamariah langsung tidak mengetahui akan muslihat Anggerik, serta rancangan Anggerik yang sebenarnya.

“Bukan macam tu makcik, An memang nak datang sini ambilkan. Lagipun An kan dah jadi isteri orang, tak lama lagi nak pergi jauh. Masa ni lah buat kali terakhir An nak tolong ayah.” Itu antara dialog terakhir Anggerik kepada Hajah Kamariah sebelum dia ditemui mati dibelakang rumah Wan Diah yang tinggal bersebelahan dengan rumah Jiha.

Dengan meminum cecair racun sehingga berbuih-buih mulutnya dan mengeluarkan darah merah pekat. Itupun Wan Diah sendiri yang terjumpa Anggerik dibelakang rumahnya kerana dia terdengar seperti suara batuk dan tersedak-sedak.

Sampai sahaja dibelakang rumahnya, dia terlihat Anggerik sudah terbaring terlentang sehingga terbeliak matanya dengan mulutnya dipenuhi dengan buih-buih racun bercampur dengan darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience