BAB 4

Horror & Thriller Completed 10149

“Allahuakbar. Kenapa An sanggup buat kita macam ni? Kenapa dia korbankan diri dia?” Mak Limah menekup mukanya, dia menangis semahu-mahunya di sebelah Pak Anjang.

Manakala Pak Anjang hanya mendiamkan diri, tidak mampu mengungkap dengan kata-kata. Terasa benar dirinya bersalah.

Rumahnya kini kosong, semuanya sudah pulang selepas kenduri tahlil malam terakhir dirumahnya tadi. Tiada lagi saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga. Sunyi.

Cempaka sejak dari tadi hanya berkurung di dalam bilik. Menangisi nasibnya yang kehilangan kakak, satu-satunya kakak yang dia ada.

Dari situ, bermulah kisah seram di Kampung Parit Hitam.

Jamal baru sahaja habis kerja lebih masa disebuah kilang berhampiran di kampung Parit Hitam, jadi malam itu dia tidak dapat hadir dikenduri tahlil malam terakhir dirumah Pak Anjang untuk arwah Anggerik.

Bekerja sebagai operator pengeluaran berapalah sangat gaji yang dia boleh dapat dengan berbekalkan sijil SPM sahaja. Tambahan pula dia sudah bertunang dan perlu mengumpul duit secukupnya untuk segala perancangan perkahwinannya.

Malam itu Jamal memecut motosikalnya kerana jalan pada malam itu sungguh lengang. “Baru pukul 10.00 malam dah lengang jalan?”, Jamal bermonolog dalam hati.

Dengan penuh cermat Jamal membawa motosikalnya di malam yang suram itu. Dihatinya mula terdetik, kenapa suasana malam itu tidak sama seperti di malam yang lain.

Bukan tidak pernah dia berkerja lebih masa seperti malam sebelumnya, lebih lewat daripada malam itu pun pernah, tetapi….suasana malamnya sungguh suram kenderaan juga tidak banyak.

“Ahh..! Sudah..!” Baru Jamal perasan, rasanya sudah terasa lama dia menunggang motosikalnya, tetapi langsung dia tidak menemui simpang hendak masuk ke Kampung Parit Hitam.

Jamal pasrah, dia redha apa yang bakal terjadi selepas ini. Kerana nalurinya kuat mengatakan seperti ada sesuatu yang bakal terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience