BAB 5

Horror & Thriller Completed 10149

Tidak lama kemudian baru dia terjumpa simpang ke Kampung Parit Hitam. Masuk sahaja simpang dia perlu melalui hadapan sekolah rendah dan di hadapan sekolah rendah tersebut ada satu pokok tua yang sudah merimbun daunnya.

Sampai sahaja dihadapan pokok ara itu terlihat Jamal sosok seorang perempuan. Perempuan itu berdiri mengadap pokok itu dengan berpakaian kurung berwarna putih lusuh serta memakai selendang putih yang menutupi sebahagian rambutnya, jadi sudah tentulah Jamal tidak dapat melihat wajah perempuan tersebut.

Jamal memberhentikan motosikalnya dihadapan perempuan itu. Apabila menghampiri perempuan itu, dihidungnya terhidu bau bunga ros.
'Wanginya', Jamal bersuara didalam hati.

“Kak, kakak ni nak ke mana? Nak pergi rumah siapa malam-malam ni..? Akak bergaduh dengan suami ke..?”,

Bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Jamal. Hanya kedengaran suara cengkerik sahaja, tiada jawapan dari perempuan itu. Senyap. Jamal mati akal nak bertanya lagi.

“Awak boleh tolong saya?.” Baru kedengaran perempuan itu bersuara.

“Tolong apa kak? Kalau saya boleh tolong, saya tolong yang termampu sahajalah, akak cakaplah nak saya tolong apa?”

Sedikit lega hati Jamal, mahu juga perempuan itu bersuara. Tiba-tiba, “tolong ringankan azab saya?”.

Seraya perempuan itu bersuara sambil menoleh kepada Jamal, alangkah terkejutnya Jamal kerana perempuan yang dilihatnya itu memang cukup dikenalinya.

Ya, memang dia kenal perempuan itu, perempuan itu adalah, “Anggerik!”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience