BAB 2

Horror & Thriller Completed 10149

Hari yang dinanti pun tiba. Akhirnya, Anggerik dan Rashid sah menjadi suami isteri, hanya sekali lafas sahaja mereka sah bergelar suami isteri. Tersenyum bangga Rashid dapat memperisterikan Anggerik yang memang terkenal dengan kecantikannya dan ayu berhijab.

Usai segala upacara pembatalan air sembahyang antara Anggerik dan Rashid, dengan segera Anggerik bangun dan terus menuju ke bilik. Namun para jemputan yang hadir langsung tidak menyedari raut wajah Anggerik yang bermuram. Anggerik hanya duduk termenung didalam bilik, penuh debar Anggerik menanti di dalam bilik sambil menatap wajahnya dicermin, ada genangngan air mata mulai kelihatan.

Di fikirannya mengenangkan nasib diri berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak dicintainya. Ayah dan ibunya langsung tidak cuba memahami keinginan dihatinya. Sebagai manusia biasa dia juga punya hati dan perasaan, dia juga punya hak untuk mengatakan tidak.

Tiba- tiba pintu bilik dibuka dari luar oleh seseorang. Rashid memandang Anggerik sambil duduk disebelah Anggerik. Dengan segera Anggerik menyeka air mata yang bertakung dikelopak matanya, sehabis daya cuba untuk menahan air mata dari mengalir ke pipi dan seboleh-bolehnya Anggerik tidak mahu dia menangis di depan Rashid.

“Anggerik menangis…?”, Rashid bertanya ringkas.
“Eh, taklah, mana ada menangis…” Anggerik cuba mengelak.
“Tu, kat hujung mata tu masih basah lagi. Anggerik tak suka ke kahwin dengan abang?”, Rashid bertanya lagi sambil menunjuk ke arah sisi mata Anggerik yang masih berbaki kebasahan dengan air mata.

“Mana ada. Kalau ya pun menangis, sebab An gembira,” Anggerik tersenyum kelat, cuba untuk sembunyikan perasaan laranya.

Lalu Rashid merapati Anggerik sambil mengenggam erat tangan Anggerik lalu direnung wajah isteri yang baru dinikahinya.

“An, abang bahagia sangat, sebab An sudi terima jadi isteri abang. Dan abang berjanji abang akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan An”.

Sepasang mata mula bertemu. Anggerik memandang sayu.

“InsyaAllah, bang, An pun berjanji akan jadi isteri terbaik buat abang”, Anggerik tersenyum manja. Lalu Rashid bingkas bangun mengajak isterinya keluar melayan tetamu yang datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience