BAB 7

Horror & Thriller Completed 10149

Selepas membuang hajat dan membasuh apa yang patut, terus Wan Diah dengan beraninya keluar membuka pintu dapur rumahnya. Apabila dia melihat diluar, tiada apa yang kelihatan, sunyi, gelap gelita.

'Takde apa pun..? Hmmm', getus hatinya.

Tetapi, sebaik sahaja Wan Diah berpaling ke kanan meninjau ke arah di mana dia terjumpa Norat Anggerik. Terperanjat Wan Diah melihat jelmaan Anggerik didepan matanya sambil duduk dengan kedua-dua tangannya memegang leher seakan dalam kesakitan.

Kemudian terkeluar lidahnya bagai terjelir sehingga mencecah lantai. Lalu terdengar suara jelmaan Anggerik tersekat-sekat memohon pertolongan.

“Tolong.. to.. long sa..saya..!” Terperanjat Wan Diah sehingga terkeluar suaranya dengan kuat melaungkan, “Allahuakhbar!”.

Wan Diah pengsan disitu juga. Disebabkan jeritannya yang kuat itulah membuat suaminya yang sedang lena diulit mimpi itu terus terjaga dan bangun meluru ke arah isterinya di dapur.

Hajar berjalan sendirian pulang dari sekolah dan bersekolah petang terlewat pulang dari sekolah kerana tertinggal bas. Kebiasaannya dia pulang bersama Nora, tetapi Nora tidak dapat hadir ke sekolah kerana mememani ibunya, Wan Diah yang pengsan didapur rumahnya malam semalam kerana terkejut melihat jelmaan Anggerik didepannya.

Hajar melihat jam ditangan, hampir ke angka 7 malam.

'Dah lambat.', Hajar kegelisahan, semakin laju hayunan langkah kakinya. Saat ini bermacam-macam berada difikirannya, perogol bersiri, penculik dan yang paling terkini dikampungnya hantu Anggerik. Apabila memikirkan itu, semakin laju dia berjalan seakan-akan berlari anak.

Tiba-tiba, telinganya menangkap satu bunyi.

Terdengar seakan orang bisu sedang memanggil seseorang. Hajar memberhentikan langkahnya sambil melihat sekeliling, siapakah gerangan yang sedang memanggilnya.

Tiba-tiba Hajar ternampak satu sosok tubuh seorang perempuan sedang duduk dibuaian kanak-kanak berhampiran di sekolah rendah itu. Perlahan sahaja buaian itu diayunnya.

Hajar cuba mengamati siapakah gerangannya. Kemudian perempuan itu mula berhenti menghayunkan buaian tersebut, namun jelas kelihatan dia sedang merenung kembali dengan renungan yang tajam kearah Hajar dengan wajah yang pucat. Tersentak Hajar apabila dipandang begitu. 'Perempuan' yang berada beberapa langkah dihadapannya itu adalah, “Anggerik!”

Mujur dia tidak pengsan disitu. Sempat dia berlari tanpa menoleh ke belakang sedikit pun. Lintang pukang Hajar berlari tak cukup tanah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience