BAB 1

Horror & Thriller Completed 10149

Malam itu di kampung Parit Hitam, mulai ditangisi hujan lebat seolah-olah menangisi kepedihan yang terpendam dilubuk hati Anggerik.

Anggerik termenung di jendela, sambil melihat titik-titik hujan yang turun jatuh melimpah ke tanah, semakin lebat hujan yang turun membasah di setiap laman rumahnya.

Esok dia bakal bernikah dengan Rashid anak ketua kampung dari kampung sebelah. Sudah lama Pak Anjang hendak bermenantukan Rashid yang berjawatan tinggi dalam sektor kerajaan. Kerana itulah sedaya upaya Pak Anjang ingin menjodohkan Anggerik untuk Rashid.

Tetapi Anggerik sedang menyulam kasih bersama Syazwan, kekasih yang sudah lama dikenali semenjak dibangku sekolah lagi. Namun Syazwan bukan pilihan Pak Anjang untuk dijadikan menantu.

Sudah sehabis daya Anggerik memujuk ayahnya untuk menerima Syazwan tetapi dibantah keras. Difikiran Anggerik, ibunya seakan mendiamkan diri, langsung tiada bangkangan seolah-olah bersetuju dengan keputusan ayahnya.

Tetapi Mak Limah seboleh-bolehnya cuba untuk menyebelahi Anggerik anak kesayangannya, tetapi dia terpaksa menerima keputusan suaminya.

Akhirnya Anggerik terpaksa mengalah dan terpaksa menerima keputusan ayahnya dengan hati yang berat. Memandangkan dia benar-benar kecewa dengan Syazwan yang terus menyepi dan langsung tiada khabar berita setelah mengetahui dia telah dijodohkan dengan Rashid.

Cempaka satu-satu adiknya menjadi tempat dia meluah rasa. Namun Cempaka hanya dapat memberi bahunya sahaja untuk kakaknya bersandar, tidak berani untuk membantah keputusan ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience