BAB 9

Horror & Thriller Completed 10149

Di masjid Kampung Parit Hitam, mesyuarat sedang diadakan didalam masjid selepas solat asar, ramai jemaah yang hadir untuk mendengar taklimat tentang kejadian yang berlaku ditempat mereka. Pak Anjang pasrah, dia menerima sahaja keputusan yang diambil oleh imam dan ahli jawatan kuasa masjid.

“Anjang, kami semua dah sepakat, kita akan pergi ke kubur Anggerik malam ini untuk membaca surah Yasin selama tujuh malam berturut-turut di samping kita buat solat hajat. Banyak-banyaklah bersabar, ampunkan dosa-dosanya dan berdoa pada Allah minta petunjuk dariNya”, Imam Hamzah bersuara lembut.

Maka, pada malam itu mereka mula pergi beramai-ramai ke kubur Anggerik, apa yang dilihat amatlah memeranjatkan mereka! Kubur Anggerik lopong! Ada lubang ditengah-tengah kuburannya dan ditengah lubang tersebut mengeluarkan asap dan baunya teramatlah busuk. Sehingga meloyakan tekak mereka. Mahu tidak mahu mereka tetap meneruskan rancangan yang sudah dipersetujui. Pak Anjang dan Rashid juga turut serta duduk dikubur Anggerik membaca Yasin selama tujuh malam berturut-turut secara bergilir-gilir.

Sepanjang 7 malam mereka berada dikubur Anggerik, namun tidak ada gangguan yang mereka terima.

Ketika di rumah, Mak Limah dan Pak Anjang termenung jauh memikirkan arwah anaknya. Rupa-rupanya tekanan yang dihadapi oleh Anggerik adalah dia telah hamil dan lelaki yang bertangggungjawab itu adalah Syazwan, kerana itulah Syazwan telah menghilangkan diri.

Itu pun setelah diberitahu kisah sebenar oleh Jiha siang tadi. Tiba-tiba, Cempaka menjerit memanggil ayah dan ibunya.

Cempaka menunjuk ke dalam bilik kakaknya setelah dia membuka pintu. Ini kerana sejak kematian Anggerik membunuh diri, pintu biliknya tidak pernah dibuka dan ibunya membiarkan pintu biliknya dikunci kerana tidak sanggup hendak melihat barang milik Anggerik.

Tetapi Cempaka cuba memberanikan diri membuka pintu bilik kakaknya, namun apa yang memeranjatkan,ada tulisan berdarah di cermin solek yang bertulis Anggerik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience