BAB 5

Drama Completed 363

“Ah, ya… bijak juga kamu bertanya… walaupun sudah terlalu lewat untuk
bertanya hal itu…hahahaha!” ketawa Sina mati mendadak. Wajahnya berubah
muram.

“Aku rasa sunyi dan kesepian. Aku sudah hidup terlalu lama. Terlalu lama
yang boleh kau bayangkan. Aku melihat dirimu juga kesepian dan
keseorangan. Malahan kau disakiti. Maka aku merasa kasihan dan datang
menemanimu. Tetapi aku punya tujuan lain juga…” Sina merenung wajah
Along dengan mata berkaca.

“Aku mahu pertolonganmu. Aku mahu kamu berdoa kepada Tuhan supaya dia
mengambil nyawaku… Aku sudah hidup terlalu lama… Kesepian sudah merantai
jiwaku. Sunyi, kosong, keseorangan merantai piluku…”

“Kalau meminta nyawa diambil, baiklah aku berdoa untuk diriku sendiri.”
Along bersuara sinis.

“Tak perlulah. Umat manusia hanya boleh hidup sekitar 60 hingga 70 tahun
sahaja. Tak lama… Jika berusaha dan memegang amanah diperkenankan Tuhan
menambah umur berapa puluh tahun lagi… Kamu baru hidup sepuluh tahun
sudah meminta mati? Jangan begitu, hiduplah dengan bertabah. Kita ini
milik yang Haq, turutlah perintahnya…”

“Bagaimana mahu teruskan hidup dengan derita dan tersiksa?” wajah Along
muram.

“Aku turun berjumpamu kerana umatmu punya doa yang ampuh. Doa umatmu
mudah diperkenan. Kerana itu aku mahu meminta tolongmu. Lebih-lebih lagi
anak yatim yang terabai sepertimu. Doa mu sangat ampuh… Allah sangat
belas padamu…”

“Benarkah kata-katamu? Baiklah akan ku tolong doakan supaya Tuhan
mengambil nyawamu… Tetapi kau harus tolong aku berjumpa ibuku…”

“Sudah ku katakan itu sukar sekali. Bersabarlah, di akhirat nanti kau
akan bertemu juga dengan ibumu. Asal sahaja kau masuk ke syurga dan dia
adalah orang yang kau cinta…”

“Baiklah jika begitu, aku akan menunggu matiku untuk berjumpa ibuku.
Tetapi aku tak sanggup hidup sebagai manusia yang tersiksa di dunia…
Tolonglah jadikan aku pepohon… Aku akan duduk sabar di satu tempat
hingga hujung nyawaku. Kemudian aku boleh berjumpa ibuku…” Sina hanya
menggeleng kepala sambil ketawa…

“Baiklah aku tidak mampu menukarmu menjadi apapun tapi aku mahu
menunjukkan sesuatu… Mari ikut aku,” gamit Sina .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience