BAB 2

Drama Completed 363

“Nasib baik kau tak sebut apa-apa pada ayah kau, kalau tak masak kau aku
kerjakan!” sempat kepala Along di tunjal. Along yang kecut perut
menyembunyi wajah di balik selimut tebal. Derap langkah Mami yang
menghilang di balik pintu meredakan gusar di hati Along. Dia membuang
selimut, mengensot ke sudut almari. Pintu almari di tutup, gelap gelita
tetapi jiwa Along lebih aman. Dia rasa selamat. Air mata yang mengalir
di pipi di seka. Mata yang membengkak menarik-narik untuk ditutup. Entah
berapa lama terlelap pabila Along rasa bahunya digegar. Dia
terpisat-pisat membuka mata… Pandangan yang kabur melihat sesusuk tubuh.
Along menggosok mata beberapa kali, jelas kelihatan susuk aneh itu.
Seorang lembaga berkulit putih pucat menyengih pada Along. “Ishhh!”
Along mendesir dan merapat ke bucu almari. Dia menyembunyi wajah di
balik selimut.

“Jangan takut, aku tak mengapakan kamu. Nama aku Sina …”

Perlahan-lahan Along menurunkanselimut yang menutup mata. Dia
takut-takut merenung wajah orang aneh itu. Matanya besar bersinar, raut
wajahnya aneh tetapi senyumnya penuh kemesraan. Warna rambutnya lutsinar
telus cahaya seperti bulu di dedaunan. Kulit pucatnya putih mulus,
pakaiannya dari bulu-bulu halus. Susuknya seperti lelaki dewasa tetapi
bagaimana dia muat masuk ke almari ini?

“Kamu Iman Akil bukan?” Dia tersenyum sambil mengerlipkan mata. Wajah
anehnya jadi manis. Along hanya mengangguk.

“Bagaimana kamu ada di sini?” Along bersuara takut-takut.

“Ohhh! Itu mudah bagi aku. Aku boleh menembusi dimensi. Malahan boleh
merentas masa. Aku boleh merayau-rayau ke manaku suka…” bersahaja Sina
menjawab… Along kagum tetapi dia rasa curiga.

“Mustahil, ayah cakap merentas masa itu cuma cerita rekaan.” Along
menggeleng kepala. Dia teringat dahulu semasa menonton cerita Back In
The Future . Ayah kata itu tak benar. Jika benar Along lah orang pertama
yang menaiki mesen merentas masa. Dia mahu kembali pada zaman lalu,
semasa arwah ibu masih hidup. Cukuplah dapat memeluk ibu sekejapan, dia
pasti rasa bahagia. Walau cuma sekali, dia akan cukup puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience