BAB 9

Drama Completed 363

“Oh! Kamu boleh bayangkan sudah berapa lama aku hidup melewati abad
berabad…” Sina menghembus keluhan dengan wajah muram.

“Baiklah aku akan kabulkan permintaanmu. Aku akan berdoa pada Allah
seperti kehendakmu…” Along menepuk bahu Sina lembut.

“Benarkah?” Mata Sina bersinar.

“Jadi apakah yang aku harus lakukan sepeninggalanmu?”

“Persediakan diri untuk menjadi tentera terbaik Imam Mahadi. Bertabahlah
dengan segala ujian hidupmu kini. Sesungguhnya Tuhan menyediakanmu
dengan kesusahan untuk menghadapi cabaran yang lebih besar. Kamu di
didik menjadi laki-laki yang kuat dan bertabah. Kerana siapa yang lari
dari medan perang di bawah panji Imam Mahadi, dosanya tidak diampun Tuhan!”

“Baiklah, aku berjanji akan menjadi seperti itu. Aku tidak mahu jadi
ikan, burung atau pokok. Kerana aku sudah dicipta menjadi manusia,
semulia-mulia makhluk dan semulia tujuan hidup. Maka aku akan
mempersiapkan diri menjadi calon tentera Imam Mahadi!”

“Ya benar… Maka aku akan pergi. Cepat-cepatlah berdoa untukku. Aku tidak
sabar-sabar menemui Tuhanku!” Kata Sina usai terbang dan menghilang di
bumbung almari. Along mengangguk dengan senyuman di bibir dan mata yang
bergenang. ‘Selamat tinggal Sina …’

Prakkkk!!! Bumm!!

“Di sini kamu ya, seharian aku cari kamu. Ke mana kamu pergi hah!!” Mami
mengherdik sambil mengheret Along keluar dari dalam almari.

“Along keluar dengan Sina …” Along menangis sambil meraung kesakitan.

“Apa Sina ! Kamu sembunyi di mana hah! cakap?!”

“Saya keluar tembus almari…” Along merayu-rayu minta dikasihani. Air
matanya berjurai di pipi.

“Kamu dah pandai merepek ya, pandai mereka cerita sekarang ni!!” kali
ini Mami mencapai tali pinggang kulit Ayah. Dia melibas sekuat hati di
batang tubuh Along yang kurus. Along meraung kesakitan. Setelah puas
Along ditinggal mengerekot kesakitan di sudut bilik. Badannya berbilai
calar balar. Kasihan anak yatim piatu, rintihnya tak terdengar sesiapa…

“Sina ...” rintih Along berkali-kali, tetapi Sina tak muncul-muncul.
Along cuba bangun dengan badan kesakitan. Dia teringat pesan Sina ,
Along gagahkan diri mencapai Al-Quran di atas almari. Dengan badan
sakit-sakit Along mengukir senyum. Dia membaca Al-Quran di tangan,
dimulai dengan Al-Fatihah…

Hari-hari yang berlalu, Along menghadapi rutin yang sama. Pulang dari
sekolah dia pasti dihambur marah Mami. Sedikit sahaja silap pasti Along
menerima habuannya. Tapi Along tak peduli, dia terus-terusan mengaji
jika kelapangan. Satu hari Along hampir jatuh pengsan dihempuk kepala
dengan pasu oleh Mami. Along terbaring di lantai bilik. Kepalanya
berpinar, tetapi surah Al-Ikhlas bergumam di bibir. Mami terperanjat
bila ayah muncul di muka pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience