BAB 7

Drama Completed 363

“Di akhir zaman akan terjadi perang yang sangat dahsyat hingga
burung-burung berterbangan di langit jatuh ke bumi… Kamu tak pernah dengar?”

Along hanya menggeleng kepala. “Apa maknanya Sina ?”

“Aku tidak pasti tetapi aku yakin mata peluru atau bom tak semudahnya
menjatuhkan burung di langit… tetapi…” wajah Sina muram.

“Sina pergilah ke masa depan untuk meninjau!” gesa Along cemas.

“Tak boleh, seperti aku katakan kebolehanku merentas masa dengan izin
Allah. Ianya terbatas kepada keperluanku sahaja. Merentas dimensi sudah
di kurnia Tuhan sejak azali ku lagi…”

“Aneh sekali kata-katamu tak masuk akal…”

“Aneh? sekarang ini kau terapung di udara masih tak percaya. Tidak kah
kau tahu syaitan dan jin lagi aneh kebolehannya? Mereka diizin Tuhan
masuk ke aliran darah manusia. Duduk di hati mengadu domba. Malahan
boleh tinggal di mana-manapun waima tubuh badan manusia!” Along
menggigil mendengarkan itu. Dia mengangguk-angguk.

“Jadi perihal burung yang berjatuhan itu?”

“Pada pendapatku ianya boleh terjadi jika manusia berperang menggunakan
senjata kimia. Aku pernah melihatnya di Hiroshima. Dan baru-baru ini di
gunakan di Syria. Segala binatang di darat dan di laut bergelimpangan.
Burung-burung di udara berjatuhan menjadi bangkai di tanah!”

“Adakah ia akan jadi lebih buruk Sina ?” wajah Along pucat.

“Ya, jika yang itu belum begitu dahsyat, aku takut akan berlaku lagi
perang Nuklear besar-besaran!”

“Oh!!” Along memegang kepala dengan kedua tangan. Dia menjunam jatuh…
“Ahhhhhh!!!!” Seketika tangannya di gapai Sina .

“Bodoh! Sudah kukatakan jangan lepaskan pegangan!”

Along hanya terkedu sempat dia mengerling bawah. Lautan membiru luas
terbentang.

“Ah! Mujur sahaja, jika kamu jatuh ke laut mungkin ada ikan lumba-lumba
yang akan selamatkan kamu. Atau ikan jerung melahapmu!” Sina mengusik
Along. Wajah Along mencerut. Mereka kembali melangkah santai di awangan.
Kali ini Along lebih berhati-hati. Baju Sina di pegang kejap.

“Jika begitu sukar menjadi burung, aku mahu menjadi ikan…” kali ini
Along bertekad. Sina hanya ketawa terbahak-bahak.

“Mari aku bawa kamu ke negeri Denmark… Langkah Sina melaju, angin
disekitar menderu. Tak kelihatan apapun kerana pukulan angin kencang,
hingga langkah Sina mula perlahan. Terlihat struktur muka bumi yang
berbeza. Cuacanya juga sedikit dingin walau matahari cerah di kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience