BAB 3

Drama Completed 363

“Tiada yang mustahil… dunia ini milik Allah. Apatah lagi masa dan
aturannya… Tuhan yang maha bijaksana memiliki dahulu, kini dan masa depan…”

“Jadi kamu memang boleh merentas masa?” Wajah Along bersinar.

“Jika diizin Nya…”

“Jadi bawalah aku ke zaman ibuku masih hidup…”

“Bukankah lebih mudah jika kamu mati. Jadi kamu boleh bersama dengannya
selama-lamanya di syurga…” perkataan Sina membuatkan Along tersentak.
Dia menundukkan wajah.

“Oh, tidak mungkin begitu, kematian dan kehidupan adalah milik Tuhan.
Kita tak mampu meminda atau menunda… Maaflah ya… Merentas masa perkara
sukar sedikit…” sambung Sina sambil menggeleng kepala.

“Benar juga kata kamu, lebih baik aku mati sahaja, pasti dapat berjumpa
ibuku…”

“Ohhh!! Jangan terlalu dramatik. Perkataan kamu sangat kasihan sekali.
Ya, kamu memang budak yang kasihan…”

“Ya, aku memang tak sanggup hidup dengan keadaan ini… Kau lihat ini…”
Along menyingkapselimut di badan. Menunjukkan parut-parut dan
lebam-lebam luka.

“Ohh! Tak perlu tunjuk, aku tahu… Mami kamu sangat bencikan kamu kerana
wajahmu yang mirip ibumu. Dia merasa ibumu pernah merampas ayahmu dulu…”

“Tapi adakah itu salahku?”

“Oh, pemuda kecil, pastinya tidak. Tetapi manusia kadang kala bersikap
dangkal… hahahaha!!” Sina ketawa mengejek.

“Jadi kamu benar-benar boleh merentas masa?” Along menunduk wajah,
perkataan Sina tadi menggirangkan hati. Kini dia ragu-ragu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience