BAB 6

Drama Completed 363

“Keluar dari sini? Mami ada di ruang tamu!” Along gusar.

“Jangan risau, kita pastinya tak keluar dari pintu depan. Syaratnya kamu
harus pegang bajuku jangan sampai terlepas,” arah Sina lantas berdiri.
Along turut berdiri dan dia lihat Sina tinggi makhluknya. Jubah Sina
yang panjang digenggamnya…

“Pegang kuat jangan lepas ya!” Sina terus melangkah dinding almari
belakang. Along terkejut bila badan Sina tembus di belakang almari.
Along terkaku bila tangannya yang memegang baju Sina juga menembusi
dinding. Dia terdorong menuruti langkah Sina menembusi dinding seperti
menerobos kabus.

“Kamu tak gayat kan?”

Usai Sina berkata, Along menjerit melihat bawah yang sayup pandangan.
Mereka terapung di atas awan. “Ahhhhhhhhhh!!!”

“Jeritlah sekuat-kuatnya sampai letih pun. Yang penting kamu jangan
lepaskan pegangan bajuku. Kerana kamu sedang menembusi demensi
bersamaku. Jika pegangan dilepaskan aku tak jamin kamu akan terhumban ke
Negara mana nanti...” Sina ketawa besar. Along pantas menutup mulut.

“Ke manakah kamu bawa aku?”

“Ke atas bumi melihat pepohonan. Dengar tak suara mereka?”

“Mereka boleh bercakap?”

“Boleh, mereka menangis kerana bumi makin panas. Mereka tidak selesa,
dedaunan mereka mengering, gugur dan akhirnya menyembah bumi. Kadang
kala mereka sedih melihat rakan-rakan ditebang akibat arus pembangunan.
Mereka juga kehilangan sepertimu… Jadi apa kurangnya derita mereka
berbanding deritamu?”

Along hanya diam. Dia mengakui kata-kata itu. Dari pokok-pokok yang
menangis, terdengar juga desiran seperti nyanyian. Sebatang pokok besar
di bawah bernyanyi-nyanyi kerana banyaknya burung yang tinggal di
dahan-dahanya.

“Pokok itu bernyanyi kerana gembira burung-burung itu memakan buahnya
dan kemudian menyebarkan biji benihnya ke serata dunia.”

“Jika begitu aku mahu menjadi burung!” Along membuat keputusan pantas.
Sina hanya ketawa mendengar kerakusan Along.

“Nanti dulu, walaupun burung bebas berterbangan ke manapun, mereka belum
tentu selamat. Mereka selalu dilanggar kereta, kapal terbang, ditembak,
terlanggar cermin bangunan. Burung pun ada kesusahannya. Dan jangan kamu
lupa, perang manusia di akhir zaman nanti, burung juga akan menerima
natijahnya.”

“Apa maksud kamu Sina ?” kali ini Along benar-benar ingin tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience