BAB 8

Drama Completed 363

“Ini Faroe Islands…”

Mata Along terbeliak, kenapa air lautan ini berwarna merah? Dia lihat
beratus-ratus bot mengepung ikan Dolphins memandu mereka ke tepi pantai
kemudian menyembelih mereka tanpa belas kasihan. Bunyi ikan Dolphins
Calderon menjerit kesakitan sangat meruntun hati. Bunyinya seperti suara
bayi yang menangis suram. Along menekup telinga. Bibirnya menggeletar.

“Hati-hati, jangan lepaskan pegangan. Nanti kamu terjatuh ke dalam
lautan darah itu.” Sina memberi amaran.

“A..apa yang mereka lakukan?” bibir Along terketar-ketar… Dia menggigil.

“Ini Festival tahunan. Remaja lelaki menyertainya untuk menunjukkan
mereka sudah dewasa dan matang!”

“Mengarut!! Ini kezaliman yang tak masuk akal.”

“Ia sudah jadi tradisi sejak lima ratus tahun dahulu…” Sina menghembus
keluh.

“Ia tradisi yang menyedihkan. Bawa aku pergi dari sini Sina !”

“Ya memang keterlaluan, walaupun mereka makan daging dan kulitnya,
dolphin itu makin berkurangan sekarang. Makin pupus…” ujar Sina sambil
terbang makin tinggi ke langit. Dia kasihan melihat Along yang ketakutan
dan bersedih hati.

“Adakah kamu masih mahu menjadi ikan? Adakah kesusahan kamu lebih
berbanding kesusahan mereka?” duga Sina .

“Tidak! burung, pokok dan ikan lebih susah dariku…” Along menitiskan air
mata.

“Tidak bolehkan aku terus menemui ibuku tanpa perlu menjadi apapun?”
Pertanyaan Along, Sina biarkan tak berjawab. Mereka akhirnya selamat
sampai ke dalam almari.

“Seperti janjimu, doakan aku… Aku mahu segera bertemu Tuhanku…” Sina
merenung wajah Along sayu.

“Jadi aku bagaimana Sina ?”

“Jadilah manusia sahaja, sesempurna makhluk kejadian Tuhan…”

“Apakah lagi kekuatanku setelah kamu pergi menemui Tuhan. Kamu akan
tinggalkan aku Sina ?”

“Jangan gusar, kau sudah dititip dua perkara oleh Rasulmu; Al-Quran dan
Hadis. Itulah peganganmu. Jadilah sebaik-baik ummah. Jadilah sebaik-baik
manusia, dan jadilah sebaik-baik tentera...”

“Untuk apa Sina ?”

“Untuk membela kebenaran dan kebaikan di dunia. Membela manusia yang
benar. Membela pokok, binatang, ikan, burung…”

“Bagaimana?”

“Ikutlah pesan Rasulmu, bersedialah untuk menjadi tentera panji
kebenaran. Tentera Imam Mahadi di masa depan. Ingat, jika kamu berada di
belah kezaliman, maka kamu akan menjadi tentera Dajjal…”

“Adakah dia Imam Mahadi benar-benar akan keluar?”

“Ya, tentu sekali, Al-Quran bukan sahaja menceritakan tentang masa lalu,
tetapi menceritakan tentang masa depan. Seperti sabda Rasulmu ;
‘Sungguh, Konstantinopel akan ditakluk oleh seorang raja yang
sebaik-baik raja, dan tentera yang sebaik-baik tentera…’(HR Ahmad).
Selepas 800 tahun hadis itu terbukti benar. Kota konstantinopel jatuh ke
tangan sebaik-baik raja yaitu Sultan Muhammad Al-Fatih yang menakluk
Konstantinopel hanya pada usia 21 tahun!”

“Wahh!! Benarkah? Hebatnya…” mulut Along ternganga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience