BAB 4

Drama Completed 363

“Pasti boleh, Rasulmu juga merentas masa…”

Wajah Along berkerut cuba mencerna kata-kata itu.

“Israk Mikraj…”

Along menggeleng kepala…

“Ahhh… di masa depan juga akan terbukti. Nabi Isa anak Maryam akan turun
ke bumi. Dia datang dari masa lampau, naik ke langit ketika usianya baru
33 tahun. Berapakah tempoh dia merentas masa? Seratus tahun? Ribuan
tahun atau jutaan tahun?” Sina menyeringai.

“Jadi kamu nabi?”

“Hisy… Pastinya tidak. Aku pasti di marah Tuhan dengan kata-katamu itu.
Aku bukan lah manusia. Aku juga makhluk ciptaan Tuhan. Usiaku sudah
terlalu banyak…” Sina mengeluh.

“Adakah kamu sezaman dengan Dinosaur?”

Kata-kata Along di sambut gelak Sina . “Kadang kala aku lupa yang aku
bercakap dengan budak berusia 10 tahun… Aku tidak akan membuka apa yang
tidak di buka Tuhan pada bangsamu. Cukup jika kamu ingat bahawa ilmu
Allah sangat luas. Terlalu luas hingga tak tercapai akalmu…”

“Tak mengapalah… yang penting, bolehkah kau bawa aku berjumpa ibuku?”

“Aku serba salah sekali. Umatmu tidak boleh melalui ruang masa kecuali
dengan keizinan Tuhan atau atas hasil usahamu. Umatmu dicipta Tuhan
sebagai umat berusaha. Maka untuk mencapai keizinannya haruslah dengan
berusaha.”

“Usaha yang bagaimana? Baru kau katakan tadi yang aku cuma anak kecil
berusia 10 tahun…” Along mengeluh.

“Ya, benar sekali. Kamu harus mempelajari ilmu fizik, kimia, atom dan
pelbagai bidang ilmu Tuhan jika mahu merentas waktu. Itu perlu waktu
yang panjang dan usaha yang sangat tinggi. Mustahil kamu boleh
mencapainya sekarang ini…” Sina berfikir-fikir…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience