“Tapi, Tuan kaya dengan ilmu akhirat. Itu yang saya cari. Bukan harta dunia semata-mata.” Balasnya pula.
Aku diam. Buntu.
Aku mundar mandir di dalam bilik. Kepala aku lurut menggosok pelipis. Entah kenapa jantungku terasa berdebar. Keputusan yang bakal aku buat ini akan merubah hidupku. Telefon ditangan aku genggam kemas.
“Damian dah bagitau jawapan Damian ?” ibu menjengah masuk kebiliku.
Aku mengeleng. Mengeluh perlahan.
“Damian dah buat solat istikharahkan? Damian dah dapat jawapannyakan?” ibu menyoalku lagi. aku mengangguk. Ibu tersenyum. Bahuku digosok lembut.
Ibu sokong keputusan Damian .” Sambung ibu lagi. dia berlalu. Aku memandang sahaja sehingga ibu hilang dibalik pintu.
Sebulan aku membuat solat istikharah. Sebulan juga aku mencari jawapan. Sebulan juga aku tidak menghubungi perempuan itu.
Perlahan-lahan tangan menekan keypad pada handfoneku.
Lama.
Baru talian bersambut. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.
“Aku terima nikahnya Danella Diandra Binti Daud dengan mas kahwin yang disebutkan tunai.”
Sekali lafaz, aku sah menjadi suami orang. Tika ini hanya ALLAH yang tahu betapa berdebarnya aku rasakan. Tangan bapa mertuaku, aku kucup. Tidak ku sangka bapa isteriku seorang Tan Sri. Kerdil rasanya diri ini.
“Terima kasih sebab sudi terima anak papa.” Bisik bapa mertuaku ditelingaku. Tangannya memeluk diriku. Bahuku digugah lembut. Bapa mertuaku seorang yang baik. Selalu dalam novel, keluarga kaya tidak akan menerima si miskin, tapi berlainan denganku kini.
Share this novel