BAB 2

Drama Completed 4409

Dia melabuh punggung di atas kerusi dihadapanku. Kakinya disilang dan menampakkan pehanya yang putih gebu. Berdetak hebat dadaku tika ini. Aku beristiqfar di dalam hati sekali lagi. Bisikan syaitan hampir melalaikan diriku.

“Saya datang membawa hajat.” Ucapnya lembut. Mungkin pabila melihat diriku diam tidak berkutik. Aku mendongak. Menatap wajah cantik dihadapanku.

Keningku terangkat. Meminta dia menyambung ayatnya. Dia tersenyum lagi. makin kuat dadaku berdebar tapi ditahan sekuat hati. Songkok di kepala, aku betulkan sambil menatap wajah itu.

“Dengan nama Allah, saya datang melamar Tuan untuk dijadikan suami saya. Jika Tuan izinkan, kereta tu dan duit sebanyak RM 500 ribu ringgit dijadikan hadiah ikhlas saya sebagai hadiah untuk Tuan.” Jarinya ditunding ke arah kereta Mercedes Benz hitam itu.

Sungguh aku tergamam, mataku bagai mahu terjojol keluar. Tak senonoh perangaiku begini. Terlalu terkejut atas apa yang dikatakan tadi. aku menelan liur, terlalu kesat rasanya dikerongkong.

“Erk...,” hanya itu yang mampu aku ucap. Masih terkejut sebenarnya.

Dia tersenyum kepadaku.

“Tuan jangan bertindak melulu, Tuan solat dulu istikharah. Mohon pada Allah dan minta yang terbaik. Andai bukan jodoh Tuan dengan saya, saya terima dengan ikhlas.

Sedikitpun saya tak marah. Itu hak Allah. Andai Tuan adalah jodoh saya, sesungguhnya saya teramat bersyukur sekali.” Katanya lembut.

Ya, wanita ini kelihatan terlalu moden. Tapi, kata-katanya cukup sopan. Tapi kenapa aku yang dipilih sebagai suami?

“Saya bukan orang senang macam Cik,” jawabku lembut.

Dia mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience