BAB 6

Drama Completed 4409

Dia berpaling kepadaku. Bibirnya menguntum senyuman. Aku membalas senyumannya. Sejuk mata melihat dia berada dalam kain sembahyang. Wajah yang sedia putih, menampakkan lagi betapa cantik dan sucinya dia.

“Abang dah bangun? Abang pergi bersiap dulu yer, Ella nak habiskan juzuk ni dulu. Nanti dah siap, abang gitau Ella ye?” gemersik sekali suaranya menampar gegendang telingaku.

Aku mengangguk. Aku mendekat dengannya. Tangannya memegang lidi yang dijadikan telunjuk untuk membaca Al-Quran.

“Ella tunggu abang ye? Abang nak bersihkan diri abang dulu. Ada tak perkataan yang Ella tak faham?” sapaku lembut.

Bibir mugilnya masih lagi dengan senyuman. “Abang pergi bersiap dulu, nanti Ella tanya abang. Cepat sikit bang, dah nak pukul tiga setengah ni.” Gesanya lagi.

Aku tergelak. Kepalanya yang ditutupi kain telekung aku usap lembut. Perlahan bibirku mendarat di atas kepalanya. Inilah isteriku, selagi jam sudah lebih pukul tiga pagi dia akan mengatakan yang kami lewat. Dia tidak suka melengahkan solat tahajjud.

“Apa abang ni, busuk...,” dia cuba menepis. Tapi tepisannya itu terlalu lembut. Aku tahu, dia sedang bergurau. Aku mengelang lemah. hariku kini cukup terisi dengan kasih sayang seorang isteri.

Aku berlalu ke bilik mandi. Saat pintu bilik mandi dikuak, kelihatan isteriku sudahpun menyediakan pakaianku di atas katil dan sejadah juga sudah dihamparnya.

Setelah siap, aku mula mengimamkan isteriku solat-solat sunat hinggalah subuh menjelma.

“Abang, boleh tak Ella nak tanya sikit?” ketika itu kami baru sahaja siap menunaikan solat subuh. Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi.

“Apa sayang?” tanganku mendarat di atas bahunya. Pipinya berona merah. Aku tersenyum. Dia terlalu malu jika aku memanggilnya sayang. Dia menunduk sambil tersenyum malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience