BAB 1

Drama Completed 4409

Langkahku perlahan-lahan dan penuh berhati-hati saat menuruni tangga masjid sambil di dalam hati tak putus-putus membaca selawat di dalam hati. Tugasku selesai hari ini mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran yang telah menjadi sebahagian rutin harian ku.

Saat aku masih ligat melambai-lambai kanak-kanak yang masing-masing membawa haluan ke rumah masing-masing mataku tertancap pada sebuah kereta mewah Mercedes Benz berwarna hitam yang diletakkan di bawah pokok tanjung. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Aku perasan yang kereta itu tiada sewaktu masuk ke masjid dan kini berada di tempat letak kereta, agaknya orang yang sedang dalam perjalanan jauh.

Tingkap kereta yang gelap menyukarkan pandangan untuk melihat siapa gerangan tuan pemilik kereta. Akhirnya aku memilih untuk mengetuk saja pintu kereta itu, aku yakin tuannya berada di kereta, barangkali sedang tertidur kerana enjin kereta masih hidup. Tak lama kemudian cermin kereta itu dibuka perlahan-lahan dan alangkah terkejutnya aku melihat seorang wanita persis wanita pan Asian sedang berada di dalamnya.

Langkahku automatik berundur beberapa langkah dan akhirnya aku melabuhkan punggung ke sebuah kerusi yang berdekatan masjid, fikiranku masih menerawang memikirkan peristiwa tadi yang membuat jantungku berdegup kencang.

Beberapa minit kemudian, gadis itu datang menghampiriku. Aku menelan liur beberapa kali dan dalam masa yang sama tak sudah-sudah mengucap istiqfar di dalam hati. Aku memandang kiri dan kanan, bimbang akan ada yang menabur fitnah kepada aku jika terlihat aku berdua-daan dengan gadis canttik sepertinya waima berada di dalam ruang yang terbuka ini.

Langkahnya semakin hampir dan semakin itu jugalah dadaku berkocak laju. Bibirnyatersenyum manis. Menampakkan lesung pipit antara kedua-dua bahagian. Subhanallah, cantik sekali, cantik yang sukar untuk ku gambarkan.

“Apa boleh saya duduk?” tanya dia lembut kepadaku. Aku tersentak. Aku menunduk wajahku ke bawah, berdosa memandang bukan muhrim lama. Perlahan-lahan kepalaku mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience