“Papa....!” jeritku dari dalam bilik. Pipi isteriku aku tepuk beberapa kali. Masih lagi diam. Cecair putih mengalir dicelah rongga hidungnya. Puas aku mengesat. Cecair itu masih lagi tidak mahu hilang.
“Sayang, bangun sayang....,” isteriku masih lagi diam berkutik.
“Pa, bawa isteri Am ke hospital pa, cepat pa.” Gesaku kepada papa ketika wajah papa tersembul dari pintu bilik.
“Ya Allah, kenapa dengan Ella ni Am? Cepat angkat bawa masuk ke dalam kereta!” wajah papa juga cemas. Dalam hati tak henti-henti berdoa semoga isteriku baik-baik sahaja.
Danial Iman dan Danesha Iman aku pandang lama. Keletah mereka yang sedang bermain mencuit hatiku. Comel-comel anakku. Anak-anakku yang kini baru menjengah masuk setahun umurnya. Wajah yang saling tak tumpah dengan isteriku, terutama Iman. Iman banyak mengikut wajahku.
Kertas ditangan aku telek sekali lagi.
Assalamualaikum abang, moga Allah merahmati abang selalu.
Abang mesti tak percayakan? Saja Ella nak buat suprise kat abang. Comel tak anak-anak kita tu? Mestilah comel. Ikut wajah kacak abang.
Kenapa tengok kertas tu macam tu bang? Abang marah kat Ella ke? senyum Bang, suami Ella ni hensem orangnya.
Abang, Ella nak minta maaf. Sebab Ella tak beritahu hal yang sebenarnya. Halalkan makan minum Ella ye? Ampunkan dosa-dosa Ella. Hehehe... hidup mati ni semua milik ALLAH bang.
Abang nak tahu? Kenapa Ella pilih abang sebagai suami Ella? Jeng jeng jeng.... sebab Ella nak suami yang dapat bimbing Ella ke arah Tuhan yang satu. Setelah Ella tahu yang Ella mengidap barah otak, Ella takut sekali. Bimbang Ella mati tanpa sempat bertaubat. Sebab tu Ella jalan masuk kampung. Masa tu Ella tak sedar pun Ella kat mana sampailah Ella nampak abang tengah berjalan kaki. Macam ada aura yang menarik Ella.
Share this novel