Aku memeluk isteriku erat. Papa di hadapanku langsung aku tidak sedar. “Terima kasih sebab sudi mengandungkan zuriat abang.” Ucapku dicuping telinganya.
“Amboih...” suara papa. Isteriku menunduk malu. Wajahnya blushing habis. Aku ketawa.
“Teruja pa nak dapat anak sulung.” Aku berkata kepada papa. Papa ketawa.
“Cucu papa jugak tu...” balas papa pula.
Wajah pucat isteriku aku pandang lagi. kenapa wajah itu langsung tidak bermaya? Dia mengukir senyum kepadaku, tapi kenapa cukup terasa hambarnya.
“Sayang okey ke tak ni?” soalku lembut. Pinggangnya aku peluk erat.
Dia mengangguk.
“Ella baik-baik saja bang, mungkin pembawaan budak kot.” Balasnya lembut.
“Abang pergila tidur dulu, Ella nak solat kejap.” Sambungnya lagi.
“Okey nanti sayang tidur ya? Anak abah, jaga umi elok-elok tau.” Perut isteriku yang berusia tujuh bulan aku cium penuh kasih. Ciumanku berkalih pula di dahi isteriku. Penat outstation masih belum kebah lagi.
Sepanjang isteriku mengandung tidak pernah sekali dia meminta benda-benda yang pelik melainkan setiap malam dia hanya memintaku membaca surah-surah dari al-Quran sahaja.
Aku menggosok mataku. Jam didinding ku kerling sekilas. Tiga pagi! Mataku paku pula pada isteriku yang sedang duduk berteleku di atas tikar sejadah. Tangannya di tadahkan.
Kenapa sejak akhir ini perasaanku cukup cemas. Bagaikan ada sesuatu yang berat.
Share this novel