Aku merebahkan diri di atas sofa. Papa sudah naik ke atas untuk berehat. Mata aku pejam rapat-rapat. Terasa jemari halus sedang menggosok pelipisku. Tenang dan nyaman.
Kerja sebagai pembantu CEO di syarikat papa memenag memenatkan. Baru tiga bulan. Belum lagi tiga tahun.
“Sayang?” aku menariknya supaya dia duduk di sebelahku. Wajah yang cukup ceria aku pandang lama. Tidak pernah aku lihat wajah isteriku seceria ini.
“Ada apa-apa ke ni sayang? Happy je abang tengok.” Rambutnya yang disanggul aku lepas klip. Rambutnya yang panjang dan mengurai terlorot jatuh. Cantik. Perlahan-lahan bibirku singgah dipipinya.
Pipinya merona merah. Tangan kasarku mengelus lembut pipinya. Gebu. Aku dekatkan bibirku sekali lagi dipipinya.
“Argh...” adunya.
“Sayang cantik sangat. Tu abang rasa nak gigit-gigit je sayang.” Balasku sambil ketawa. Gelora di hati tidak dapat ku tahan. Merah kesan gigitanku dipipinya.
Dia mencubit perutku. Menyeringai wajahku.
“Pak Ustaz ni tak senonoh betul.” bebelnya.
Aku mencuit hidungnya. “Sayang abang je abang buat macam tu.” Balasku lagi.
“Ella ada berita gembira untuk abang ngan papa. Lepas makan malam nanti Ella cakap tau.” Dia bangun dan berlalu ke dapur. Mataku hanya memandang hingga tubuh langsing itu hilang.
Aku bangun. Melangkah kebilik. Berkobar-kobar juga perasaanku ini. Entah apa berita gembira yang ingin disampaikan oleh isteriku itu.
“Betul ke sayang?” soalku teruja.
Dia mengangguk.
“Alhamdulillah.” Ucap papa pula.
Share this novel