“Boleh ibu tengok muka menantu ibu?” ibu sedari tadi hanya memerhati mula bersuara. “Yang kau tercegat depan ni kenapa? Tepi sikit ibu nak lalu. Kamu kena sabar, malam ni nak tengok bini kamu sampai pagi pun orang dah tak kisah.” Ibu menepis diriku. Yang lain ketawa lagi. Makin malu aku rasa.
Bapa mertuaku ketawa kuat. Berbahang wajahku.
Aku ketepi sedikit memberi ruang untuk ibu. Tangan ibu membuka pin yang menutup wajah isteriku. Isteriku hanya menunduk. Dia memandang kepadaku. Aku memberinya senyuman yang cukup manis. Dia kembali menunduk. Malu kot.
“Subhanallah, cantiknya menantu ibu.”
Aku juga terkesima. Memang cantik. Mata hazel itu berkelip-kelip. Bibir mugilnya yang merah bagaikan delima yang diselaputi senyuman yang cukup menawan dan menggoda perasaanku.
“Kecantikan itu milik ALLAH, bila-bila masa sahaja dia akan mengambil kembali nikmat-Nya, ibu.” Gemersik suara itu.
Ibu memeluk isteriku. Pipi dan dahi isteriku dicium bertalu-talu. Lebih-lebih pulak ibu. Aku sendiri tidak lagi mencium isteriku ibu pula yang terlebih dahulu mendapatnya.
Aku menampar pipiku saat fikiran kuning menjengah.
“Kenapa Dam?” tanya ibu. Semua memandang kearahku. Aku mengeleng malu sambil menunduk.
Sepertiga malam itu seperti biasa, aku bangun untuk menunaikan solat tahajjud. Tapi seperti selalu, isteriku dahulu yang terlebih awal bangun dariku. Kini sudah tiga bulan usia perkahwinan kami.
Dia sedang membaca Al-Quran di ruang yang telah aku khaskan untuk solat. Alhamdulillah, berkat kesungguhannya untuk belajar Al-Quran denganku kini dia sudah lancar untuk mengaji. Merdu suaranya.
Share this novel