Mula tu, anak ikut abang. Nampak sejuk je mata bila pandang wajah abang. Ada Ella . Bersih sungguh. Ella tengok abang masuk masjid. Lepas abang masuk masjid baru Ella masuk. Dalam kereta Ella tengok abang mengajar anak-anak mengaji. Lagi Ella yakin.
Masa abang tengah lambai kat anak kecil tu, comel la abang. Abang ketuk cermin kereta Ella. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa kuatnya degup jantung Ella melihat abang dari dekat.
Balik rumah, Ella buat solat istikharah. Masa tu Ella baru nak belajar agama. Jahilkan Ella masa tu? Seminggu Ella solat istikharah, nak tahu jawapannya? Wajah abang yang Ella nampak. Ella yakin, abang jodoh Ella.
Melihat wajah gembira abang masa Ella cakap yang Ella mengandung membuat hati Ella terasa lapang. Ella akan tinggalkan abang dengan cinta dan sayang Ella kepada abang iaitu anak kita. Taklah abang kesunyian suatu hari nanti.
Setiap malam, Ella minta kat Allah. Ella harap, Ella dapat jadi bidadari abang suatu hari nanti. Abang jaga nak kita baik-baik tau! Cakap kat dia orang yang Ella sayang anak anak Ella.
Ella sayang abang sampai akhirat....
Aku meraup mukaku berkali-kali. Abang pun sayang Ella sampai syurga. Ella permaisuri abang dan anak-anak kita permata hati abang... Surat pemberian doktor ketika keluar dari bilik bedah. Sedar tak sedar dah setahun isteriku pergi tinggalkan aku, meninggalkan kami.
Terasa bagaikan baru sahaja semalam baru kami bersua. Terlalu cepat rasanya. Rengekan anak daraku membuat memori dulu berterabur hilang. Aku berdiri mendapatkan mereka yang sedang bermain di tengah-tengah laman ruang tamu.
“Abang kacau kakak yer.” Tubuh montel milik anak daraku aku angkat. Pipi yang tembam itu aku cium penuh kasih. Wajah isreriku terlayar dengan senyuman manisnya.
Tak lama lepastu Danial merengek sama minta didukung dan akhirnya mereka berdua berada dalam gendonganku yang kupahut erat, kasih sayang mereka meresap ke dalam jiwaku, menghangatkan hatiku yang adakalanya dingin dengan kerinduan yang tak bertepi.
“Ella, abang rindukan Ella. Nantikan abang dan anak-anak kita nanti di pitu syurga ya.?” Foto isteriku yang tertawa riang ku tatap tanpa sedar manik jernih mengalir di pipiku. Aku terlalu rindukan Danella, rindu setengah mati. Aku ini suami pilihannya dan dia adalah isteri ku tercinta, dunia dan akhirat.
Share this novel